14 June 2014

Sembilan hotel, resort di Kuantan tak halal - JAIP


KUANTAN - Menjelang dua minggu lagi sambutan Ramadan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mendedahkan sebanyak sembilan hotel dan resort di daerah ini gagal memperbaharui sijil halal.
Kesemua hotel dan resort berkenaan membabitkan 17 premis makanan termasuk dapur dan restoran yang gagal mendapatkan Sijil Halal Malaysia selepas pelaksanaan Sistem e-halal bermula Januari tahun lalu.
Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal JAIP, Noridzuan Abdul Manan berkata, kegagalan memperbaharui sijil halal itu disebabkan pihak pengurusan terbabit tidak komited dengan kerja-kerja berkaitan pensijilan halal.
Katanya, antaranya ialah lewat mengemukakan permohonan baru, gagal melantik pegawai yang dipertanggungjawabkan mengurus permohonan halal secara atas talian dan gagal mengisytiharkan menu yang disediakan.
“Dalam konteks ini juga penting apabila mereka turut gagal mengisytiharkan keseluruhan ramuan yang digunakan dengan lengkap,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, walaupun JAIP sentiasa berusaha membantu mempercepatkan proses permohonan sijil halal tetapi akan berlaku kegagalan jika pihak hotel tidak peka dengan keperluannya
Katanya, JAIP menggalakkan premis berkenaan mewujudkan Jawatankuasa Halal Dalaman bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan proses memohon sijil halal sekali gus mengelakkan kerumitan.
“Kita sudah menghantar beberapa kakitangan dari unit ini bagi tujuan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pihak hotel atau resort,” katanya.
Menurutnya, langkah terbaik JAIP ialah melaksanakan bengkel latihan khusus bagi semua industri hotel di Kuantan untuk mempelajari sistem e-halal tahun lalu.
Pengguna diminta merujuk laman sesawang JAIP iaitu http://jaip.pahang.gov.my bagi melihat senarai penuh hotel dan premis yang mendapat sijil halal.
“Pilihlah restoran atau premis halal sepanjang Ramadan ini sesuai dengan keberkatan puasa sepanjang hari dan elakkan makanan yang tidak suci,” katanya. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0614&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz34bC3Q7em 
Hakcipta terpelihara 

3 comments:

Anonymous said...

Beritahulah nama hotel dan resort tu kalau JAIP betul2 nk jaga kebajikan orang Islam..umum tanpa nama tak guna..baik tak pyh umum.

Anonymous said...

kalau bacul nak listkan nama-nama hotel dan resort tu... baik duduk diam-diam...

Anonymous said...

Betul tu!Semua pihak yang berkaitan di seluruh negara perlu dedahkan senarai hotel dan resort yang ada sijil halal(kita just hebahkan yang halal sahaja). Boleh diuar-uarkan di seluruh masjid dan surau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive