Showing posts with label Banjir. Show all posts
Showing posts with label Banjir. Show all posts

07 January 2015

Banjir: Antara kisah RM800 juta, E.Coli Atau 'E.Joli'

Membaca berita Astro Awani bertarikh 6 Januari 2015 yang menyatakan bahawa Kementerian Kewangan telah memperuntukkan kepada MKN sebanyak RM800 juta untuk operasi banjir di seluruh negara bagi musim banjir tahun ini dan sebahagian besarnya telah dibelanjakan membuatkan saya terkedu seketika.
Ini bukanlah cerita RM500 juta yang dijanjikan Perdana Menteri ketika melawat Kelantan sebaik sahaja balik dari Hawaii. RM500 juta ini adalah drama dan kisah yang berbeza dari RM800 juta yang dimaksudkan.
Satu jumlah yang menyebabkan Pengerusi PAC, anakanda Allahyarham Datuk Mohamad Rahmat bercadang memanggil Kementerian Kewangan dan MKN bagi mendapatkan penjelasan.
Datuk Nur Jazlan, Pengerusi PAC dilaporkan sebagai berkata, walaupun RM800 juta telah dibelanjakan, operasi MKN dalam menguruskan bencana banjir sangat tidak sempurna dan kelam kabut.

04 January 2015

Sukarelawan mekanik, juruelektrik diperlukan


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh Sukarelawan sama ada yang telah turun mahupun yang sedang berkhidmat ketika ini.

"Tidak dilupa juga kepada para dermawan yang telah memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan barang keperluan kepada mangsa banjir," ujar Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

Katanya, bagi memenuhi keperluan semasa di lokasi bencana ketika ini, selain meneruskan bantuan kewangan dan barang harian Pemuda PAS juga menyeru agar individu-individu yang mempunyai kepakaran membaiki kenderaan (kereta dan motor) dan pendawaian elektrik (wiring) agar menawarkan diri sebagai Sukarelawan Amal untuk membantu mangsa banjir di Kelantan

Justeru, kata beliau pihaknya meminta agar Pemuda PAS kawasan di seluruh negara untuk membawa rakan-rakan ini ke dalam pasukan atau rombongan masing-masing.

Sesungguhnya, ujar beliau keadaan di sana benar-benar memerlukan khidmat kepakaran teman-teman dalam bidang ini.

"Besarlah harapan Pemuda agar tenaga-tenaga mahir dalam kedua-dua bidang ini dapat memaksimumkan bantuan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa di sana," ujarnya.

Untuk mendaftar sebagai anggota sukarelawan tersebut, rakan-rakan dijemput untuk mendaftar secara online di www.jabatanamal.org atau memghubungi Bilik Operasi Pemuda PAS Malaysia di talian 01110664101 (call & SMS) 0133185263 (WhatsApp sahaja)

Bagi rakyat Malaysia yang prihatin dan budiman, tuan/puan boleh terus menyumbang ke akaun TABUNG KEMANUSIAAN PEMUDA Maybank 5640 2540 0100. - HARAKAHDAILY 4/1/2015

02 January 2015

Video Najib arah jurugambar rakam aksi beliau meredah banjir tersebar

(Oleh Ermizi Muhamad)

PERAK 2 JAN:  Video Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan wartawan dan jurugambar merakam aksinya ketika meredah banjir di Perak baru-baru ini menjadi viral di internet.
Najib BanjirVideo bertajuk “Najib dan Zambry berpoligam” yang berdurasi 48 saat itu dimuat naik ke laman sosial, Youtube dan mencapai tontotan lebih 15,000 pengguna internet selepas dua hari dimuatnaik.
Dalam video berkenaan, kedua-dua pemimpin Umno itu dilihat mengarahkan wartawan dan jurugambar mengambil gambar mereka meredah banjir di kawasan yang dinaiki air.
Antara lain, Najib dan Zambry mengarahkan jurugambar dengan menyebut “You duduk sana… ambil dekat sebelah sini” dan “Kena ambil paras ini”.
Najib pada 29 Disember lalu melawat Perak untuk melihat kawasan yang dilanda banjir.
Beliau dilapor melawat pusat pemindahan banjir di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Galah dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak, dan kemudian melawat beberapa kawasan di Perak Tengah terutama di Kampung Gajah.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi video itu dirakamkan.
Selain itu, video itu turut menyiarkan gambar menunjukkan beberapa petugas yang mengiringi lawatan itu dilihat seperti membukakan kasut Najib selepas meredah banjir di kawasan berkenaan.

01 January 2015

Nasi RM5 jadi RM23 di Tanah Merah



Harga sepinggan nasi berlauk ikan kembung goreng, sayur kacang panjang dan segelas air teh panas mencecah RM23 di bandar yang dilanda banjir baru-baru ini.

Penulis terkejut apabila perlu membayar harga makanan hampir lima kali ganda daripada harga biasa juadah itu dalam sekitar RM5 pada waktu biasa selepas mengalas perut di sebuah kedai makan yang terletak di tengah-tengah bandar Tanah Merah semalam.

"Saya terkejut dan bila ditanya peniaga itu memohon maaf dan menyatakan kesukaran mendapatkan bahan mentah dan terpaksa pergi ke Kota Baharu yang terletak kira-kira 70km dari sini.

Saya faham kalau mahu menaikkan harga tetapi jangan sampai ia jadi tidak munasabah dan saya sungguh terkejut dengan harga itu," kata penulis.

Banjir di Kelantan pulih mendadak


PENIAGA di bandar Tanah Merah membersihkan premis perniagaan mereka yang dilanda banjir tempoh hari di Tumpat. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan pulih mendadak apabila hampir separuh jumlah mangsa banjir dibenarkan pulang pagi ini.
Menurut Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, jumlah mangsa banjir setakat 10 pagi ini menurun secara mendadak kepada 44,081 orang berbanding 81,458 orang malam tadi.
Katanya, mereka yang terdiri daripada 10,753 keluarga masih ditempatkan di 178 pusat pemindahan di lapan jajahan.

31 December 2014

'Kuala Krai seperti lepas dilanda tsunami'


Seorang sukarelawan menceritakan keadaan banjir di Kelantan terutama Kuala Krai sama seperti keadaan selepas tsunami di Aceh pada 2004.

"Keadaan di Kuala Krai memang teruk. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya. Lebih teruk daripada Kota Baharu. Ia mengingatkan saya tentang Aceh semasa saya menyertai misi bantuan di sana 10 tahun lalu," demikian mesej yang dihantar Razi Pahlavi Abdul Aziz, 40, kepada rakan-rakannya.



"Bandarnya (Kuala Krai) tiada penghuni, kereta-kereta rosak tersadai di tengah jalan, rumah kedai dan rumah-rumah musnah, dinding-dinding runtuh, jalan-jalan turut rosak. Saya melihat rumah dibawa arus sejauh 100 kaki.

"Sesungguhnya tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya... sedih, kecewa dan putus asa melihat bagaimana banjir boleh memusnahkan sebuah bandar, kampung dan orang," katanya menerusi laman Twitternya.

Razi sedang menyelaras misi bantuan kumpulan alumni Akrab Jaya, Gos dan R8 yang bekerjasama rapat dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan Mercy Malaysia.

29 December 2014

Keadaan Manek Urai selepas banjir menyayat hati


Foto yang diambil pada 26 Disember lalu menunjukkan keadaan di Kampung Manek Urai yang terjejas teruk akibat banjir. - Foto Fathil Asri
KUALA KRAI: Tiada perkataan paling sesuai untuk menggambarkan keadaan di pekan Manek Urai, yang dilanda banjir besar baru-baru ini, kerana keadaannya sangat menyayat hati.
Sebaik sahaja memasuki kawasan itu, kelihatan rumah-rumah, surau, balai raya, serta kedai runcit di Kampung Manek Urai Lama dan Kampung Manek Urai Baru, hampir semuanya ranap dilanda arus deras dan pokok-pokok sebesar tiga pemeluk, malahan kenderaan turut tersadai dan menindih antara satu sama lain.

'Peruntukan ratus juta saya tak mahu tahu' - Husam


Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, soal jumlah peruntukan yang diumumkan kerajaan kepada mangsa banjir, tidak penting.

Sebaliknya kata Husam, lebih mustahak ketika ini adalah soal tindakan untuk membantu mangsa yang sedang berdepan ujian berat ketika ini.

28 December 2014

Banjir: Kelantan Masih Lumpuh, Dua Negeri Pulih


Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 4:24 PM

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasukan makanan ke dalam bot untuk di hantar ke Pusat Pemindahan sekitar Bandar Kuala Krai setelah Jalan Kota Baharu-Gua Musang ditutup akibat limpahan air Sungai Durian pada Ahad. Jalan Kota Baharu-Gua Musang masih tidak boleh digunakan akibat limpahan air sungai tersebut sejak Isnin lepas.

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan masih lagi buruk dengan 111,376 mangsa manakala di Perlis dan Selangor, keadaan kembali pulih setakat tengah hari Ahad.

Di KELANTAN, jajahan Kuala Krai masih menunjukkan angka mangsa banjir yang tinggi iaitu 23,169 orang walaupun air dilaporkan semakin surut. 

Banjir Terkawal, Darurat Tidak Perlu




KUALA LUMPUR: Pengisytiharan darurat bencana akibat banjir besar yang melanda sembilan negeri ketika ini tidak perlu dilakukan buat masa sekarang kerana kerajaan dilihat masih mampu mengawal keadaan.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha menyelamat dan membantu mangsa terjejas banjir.
"Kerajaan masih dapat mengawal keadaan, setakat ini kerajaan tidak perlu membuat perintah-perintah tertentu, misalnya mengambil harta persendirian untuk dijadikan pusat pemindahan.

27 December 2014

Empat hari tak mandi, tidur dalam kereta


Empat hari tak mandi, tidur dalam kereta
Empat sahabat karib yang menjadi mangsa banjir di bandar ini bertekad untuk 'berteduh' di dalam kereta masing-masing dek bimbang paras air terus naik.
Siti Mariah Ab Majid, 28, yang bekerja di sebuah agensi pelancongan, berkata beliau dan tiga rakannya mengambil keputusan untuk tidur di dalam kereta masing-masing di tempat letak kereta Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan.
"Kami tiada pilihan selain tidur di dalam kereta apabila kehabisan wang tunai kerana mesin ATM tidak berfungsi dan semua hotel telahpun penuh sejak beberapa hari lepas," katanya kepada Bernama.
Siti Mariah berkata selain mereka berempat, terdapat beberapa warga bandar itu yang turut berlindung di dalam kenderaan masing-masing di kawasan letak kereta tersebut.
"Walaupun ketakutan dan kadang kala menangis, saya kuatkan diri untuk tempuhi bencana ini," kata Siti Mariah yang berasal dari Pulau Chondong dekat Machang.
Siti Mariah berkata beliau dan rakannya telah empat hari tidak mandi dan hanya mencuci muka berbekalkan sebotol air mineral.
"Setakat hari ini ada beberapa kedai makan masih menjual makanan namun saya bimbang apabila pemilik kedai makan memberitahu mereka akan tutup kedai tengah hari ini.
"Sekiranya itu berlaku saya tidak tahu bagaimana untuk mencari makanan bagi mengalas perut hari ini," katanya.
Lebih malang, Siti Mariah berkata beliau kehilangan dompet dan pengenalan diri dua hari lepas ketika menumpang tidur di surau Pasaraya Mydin Kubang Kerian.
"Mujur ada rakan yang sudi membantu namun hati saya masih risau dengan keselamatan mak dan ayah yang difahamkan kini berada di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering, Pulai Chondong," katanya.
Sementara itu, seorang lagi mangsa banjir di Kota Baharu, Shira Che Zakaria, 26, berkata beliau juga terpaksa tidur di dalam kereta miliknya kerana tiada pilihan.
Penjawat awam itu berkata beliau reda dengan ujian yang menimpa dirinya dan berharap air akan semakin surut dan pihak berwajib tidak terlepas pandang dalam membuat agihan bantuan banjir kepada warga Kota Bharu.
"Saya faham kesukaran yang dialami pihak berwajib namun kami di sini telah kehabisan wang tunai untuk membeli makanan dan minuman... saya berdoa agar semua mangsa banjir selamat," katanya.
Shira berkata air di Kota Bharu tiada tanda untuk surut dan beliau dan rakannya bercadang untuk berpindah ke tempat lain untuk mendapatkan tempat perlindungan serta makanan.
- Bernama

Banjir 2014 Bakal Catat Sejarah Terburuk



Diterbitkan: Sabtu, 27 Disember 2014 7:52 AM

PETALING JAYA: Kejadian banjir yang sedang berlaku bakal menjadi sejarah terburuk di Malaysia yang menyaksikan lebih 100,000 orang penduduk dipindahkan.

Namun dua insiden banjir yang berlaku sedekad lalu masih mencatat jumlah lebih besar mangsa-mangsa yang diselamatkan.

19 December 2014

Banjir : Tiga negeri, 24,000 mangsa

Mohd Fauzi Abdullah dan Muhamaad Razis Ismail 

am@hmetro.com.my



GAMBAR dari atas menunjukkan pekan Rantau Panjang (atas) dan pekan Sungai Golok, Thailand (bawah) yang ditenggelami air sejak semalam. IHSAN warga Thailand, Padung Wanalak.

Kuala Lumpur: Banjir di tiga negeri Pantai Timur kini sudah mencecah kira-kira 24,000 mangsa dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, tengah malam tadi.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 13,815 orang pada tengah malam tadi berbanding 8,407 pada 9.30 malam.
Menurut portal ebanjir Kelantan, lebih seratus pusat pemindahan banjir di 10 jajahan kini dibuka.

08 June 2014

Dua kubur besar muncul selepas banjir besar di Bosnia

Dua kubur besar muncul selepas banjir besar di Bosnia
Banjir besar yang melanda Balkan menyebabkan dua kubur besar yang mengandungi mayat sembilan penganut Islam timbul - Foto AFP

SARAJEVO: Banjir besar yang melanda Balkan pada bulan lepas menyebabkan dua kubur besar yang mengandungi mayat sembilan penganut Islam ketika perang Bosnia pada 1990an timbul di permukaan, menurut AFP.

Mayat-mayat tersebut digali “selepas air keluar daripada dua kubur besar itu yang berada beberapa ratus meter dari satu sama lain,” kata jurucakap Institut bagi Orang Hilang, Lejla Cengic.

Air banjir serta tanah runtuh telah menyebabkan sebahagian kubur yang terletak berhampiran sungai Bosna itu terdedah, Cengic memberitahu AFP dan pasukan tersebut seterusnya menjalankan penggalian selanjutnya.

12 May 2014

Banjir Kilat Sekitar KL

photo at Jalan Semantan & Jalan Duta this afternoon

alt
KUALA LUMPUR 12 Mei - Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur berikutan hujan lebat yang bermula pada kira-kira jam 2.30 petang tadi. 
Menurut hebahan Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) paras air di beberapa jalan utama termasuk Jalan Bangsar dan Jalan Semantan meningkat. 
Pengguna Twitter juga berkongsi gambar dan maklumat mengenai paras air di Jalan Mahameru, Jalan Duta, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Kia Peng. 
Beberapa gambar menunjukkan paras air melebihi 30 sentimeter ketika hujan lebat. 
Sementara itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, perkhidmatan komuter di antara Bank Negara dan Kuala Lumpur masih tergendala akibat banjir kilat.

11 December 2013

BANJIR KINI : Mangsa banjir T’ganu meningkat, Pahang reda, Johor kekal

           
Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan meningkat kepada 14,643 orang berbanding 12,460 pada sebelah petang semalam.
           
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), ini susulan angka mangsa banjir meningkat di semua daerah semalam.
          

10 December 2013

Tengku Puan Pahang menyingsing lengan menyediakan hidangan untuk mangsa banjir

  • Bantu banjir: Tiada istilah keluarga dirajaTunku Azizah bersama dua anakandanya melihat bahan yang ada di pusat pemindahan banjir untuk menyediakan makanan.
 1 / 1 
KUANTAN - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sanggup menahan kesejukan merintangi air bersama mangsa banjir lain ke pusat pemindahan selain menyingsing lengan menyediakan hidangan untuk mangsa terlibat.

Baginda menghabiskan masa lebih tiga jam bergotong-royong memasak kepada ribuan mangsa banjir di Stadium Sukpa, Wisma Belia Indera Mahkota, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin, SMK Sungai Isap Murni dan Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar.

Bagaimanapun, baginda sedih kerana ada yang tidak bersyukur dengan penerimaan rezeki yang diberikan selain kurangnya disiplin walaupun dari golongan dewasa.

08 December 2013

Banjir: Mangsa banjir di pusat pemindahan di Pahang melebihi 40,000 orang

08/12/2013 11:16am

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang meningkat kepada 40,819 berbanding 40,008 orang malam tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa daripada 11,746 keluarga itu ditempatkan di 149 pusat pemindahan dari 154 penempatan di sembilan daerah yang tertejas akibat banjir.
"Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,426 orang di 42 pusat pemindahan,” katanya.

07 December 2013

Banjir : Lebih 38,000 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang

KUANTAN: Sebanyak 117 pusat pemindahan banjir masih dibuka dengan menempatkan 38,099 mangsa daripada 10,849 keluarga di lapan daerah di Pahang yang terjejas akibat banjir pagi ini. 

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, mereka yang dipindahkan setakat jam 9 pagi ini membabitkan daerah Kuantan, Pekan, Temerloh, Jerantut, Rompin, Maran, Lipis dan Bera.


Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 32,880 orang yang ditempatkan di 38 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. 

06 December 2013

TERKINI : Banjir Di Pantai Timur Bertambah Buruk, 42,626 Mangsa Dipindahkan



  • Ibu tunggal bina rumah rakit hadapi banjirHanisah berdiri di hadapan rumah rakit miliknya melihat keadaan banjir yang berlaku di Kampung Paya Garuk, di sini.
 1 / 1 
Ibu tunggal bina rumah rakit elak banjir

JERANTUT - Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba.

Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka.

Menurutnya, dia yang berniaga kecil-kecilan di kampung itu perlu membuat rumah rakit itu kerana tidak sanggup mengalami kerugian besar setiap tahun akibat banjir.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive