04 January 2015

Sukarelawan mekanik, juruelektrik diperlukan


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh Sukarelawan sama ada yang telah turun mahupun yang sedang berkhidmat ketika ini.

"Tidak dilupa juga kepada para dermawan yang telah memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan barang keperluan kepada mangsa banjir," ujar Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

Katanya, bagi memenuhi keperluan semasa di lokasi bencana ketika ini, selain meneruskan bantuan kewangan dan barang harian Pemuda PAS juga menyeru agar individu-individu yang mempunyai kepakaran membaiki kenderaan (kereta dan motor) dan pendawaian elektrik (wiring) agar menawarkan diri sebagai Sukarelawan Amal untuk membantu mangsa banjir di Kelantan

Justeru, kata beliau pihaknya meminta agar Pemuda PAS kawasan di seluruh negara untuk membawa rakan-rakan ini ke dalam pasukan atau rombongan masing-masing.

Sesungguhnya, ujar beliau keadaan di sana benar-benar memerlukan khidmat kepakaran teman-teman dalam bidang ini.

"Besarlah harapan Pemuda agar tenaga-tenaga mahir dalam kedua-dua bidang ini dapat memaksimumkan bantuan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa di sana," ujarnya.

Untuk mendaftar sebagai anggota sukarelawan tersebut, rakan-rakan dijemput untuk mendaftar secara online di www.jabatanamal.org atau memghubungi Bilik Operasi Pemuda PAS Malaysia di talian 01110664101 (call & SMS) 0133185263 (WhatsApp sahaja)

Bagi rakyat Malaysia yang prihatin dan budiman, tuan/puan boleh terus menyumbang ke akaun TABUNG KEMANUSIAAN PEMUDA Maybank 5640 2540 0100. - HARAKAHDAILY 4/1/2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive