12 May 2014

Banjir Kilat Sekitar KL

photo at Jalan Semantan & Jalan Duta this afternoon

alt
KUALA LUMPUR 12 Mei - Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur berikutan hujan lebat yang bermula pada kira-kira jam 2.30 petang tadi. 
Menurut hebahan Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) paras air di beberapa jalan utama termasuk Jalan Bangsar dan Jalan Semantan meningkat. 
Pengguna Twitter juga berkongsi gambar dan maklumat mengenai paras air di Jalan Mahameru, Jalan Duta, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Kia Peng. 
Beberapa gambar menunjukkan paras air melebihi 30 sentimeter ketika hujan lebat. 
Sementara itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, perkhidmatan komuter di antara Bank Negara dan Kuala Lumpur masih tergendala akibat banjir kilat.

1 comment:

Anonymous said...

Ini semua angkara projek mrt umno bn keparat yg tiada pelan pencegahan banjir dan pemantauan yg rapi berkaitan projek yg dijalankan. Menyusahkan rakyat iaitu yg kerap gunakan jln berkenaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive