12 May 2014

Amir Ukays Terkejut Rakan Sertai Militan

Bekas vokalis kumpulan popular 90-an, Ukays iaitu Amir terkejut dengan berita mengenai rakan lamanya, Akil yang juga merupakan pemain drum kumpulan Ukays di dakwa terlibat dalam aktiviti militan di Syria.
Bercakap kepada sebuah portal berita, Amir berkata beliau menakui rapat dengan Akil namun sudah lama mereka tidak bertemu. Dia juga tidak mengetahui tujuan sebenar sahabatnya itu membuat keputusan untuk berhijrah ke sana.
"Saya akui saya tidak terlalu rapat dengan Akil dan dah lama tidak berjumpa dengannya. Saya masih lagi berhubung dengan bekas ahli-ahli lama kumpulan tetapi tidak selalu.
"Saya tahu Akil memang di Syria sekarang tetapi saya tidak pasti bila dia pergi dan apa yang dia buat di sana.
"Kali terakhir saya berjumpa dia mungkin dalam enam atau tujuh tahun lalu. Ketika itu dia berniaga di Bukit Bintang. Dia berniaga pakaian dan peralatan tentera," katanya kepada portal tersebut.
Media baru-baru ini melaporkan mengenai seorang ahli kumpulan yang popular pada 1990-an terlibat dalam aktiviti militan. Selain pemuzik tersebut, seorang 'ustaz' juga dilaporkan menyertai gerakan berkenaan.
Sementara itu, Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Datuk Dj Dave berkata pihaknya sedang merangka satu rancangan untuk mengadakan ceramah agama kepada golongan seniman bagi memberi kesedaran serta menegelakkan berlakunya kecenderungan artis menyertai kumpulan agama sesat.
"Kami merancang untuk mengadakan ceramah agama bagi golongan seniman bermula Ramadhan ini. Jadi dengan cara ini diharap dapat membantu para seniman supaya lebih dibimbing kearah jalan yang betul dan boleh bezakan yang mana ajaran sesat.
"Saya nasihatkan kepada seniman terutamanya yang mula berjinak untuk belajar agama supaya bergaul dengan orang yang betul-betul membawa syiar Islam yang sebenar, jangan terpedaya dengan mereka yang terlalu janjikan syurga hingga boleh menyesatkan" tuturnya.
Namun bagaimanapun kata DJ Dave lai, apa yang berlaku kepada Akil mungkin kerana dia salah memilih rakan yang membawa kemudaratan.
"Mungkin dia salah bergaul dengan orang yang tidak sepatutnya yang boleh mempengaruhinya.
"Tidak sepatutnya perkara seperti ini berlaku kepada artis kita. Dia mungkin terpengaruh dengan maksud jihad yang sebenar," katanya. - MD

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive