08 December 2013

Banjir: Mangsa banjir di pusat pemindahan di Pahang melebihi 40,000 orang

08/12/2013 11:16am

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang meningkat kepada 40,819 berbanding 40,008 orang malam tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa daripada 11,746 keluarga itu ditempatkan di 149 pusat pemindahan dari 154 penempatan di sembilan daerah yang tertejas akibat banjir.
"Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,426 orang di 42 pusat pemindahan,” katanya.
Di Pekan, masih terdapat 3,329 mangsa di 31 pusat pemindahan, Maran (1,034 orang di 19 pusat pemindahan), Temerloh (1,002 di 22 pusat), Jerantut (520 di 11 pusat), Raub (209 di 10 pusat), Bera (189 di tujuh pusat), Rompin (57 di tiga pusat) dan Lipis (53 di empat pusat).
Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup antaranya Km28 Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Km72 Jalan Kuantan-Segamat, Jalan Jerantut-Lipis (di Kampung Sepial), Km14 dan 18 Jalan Temerloh-Bera. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm#ixzz2mrGJ1O8h 
Hakcipta terpelihara 



08/12/2013 11:11am


KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Terengganu meningkat kepada 22,391 orang pagi ini berbanding 22,040 orang malam tadi.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara peningkatan itu berlaku di daerah Dungun apabila 360 lagi mangsa dipindahkan, menjadikan kesemuanya 3,764 orang daripada 936 keluarga berbanding 3,402 orang daripada 837 keluarga sebelum ini.
Tiada peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan di Kemaman iaitu 18,576 orang daripada 4,177 keluarga, Kuala Terengganu enam orang daripada satu keluarga, Marang 26 orang daripada lapan keluarga dan Hulu Terengganu 19 orang daripada empat keluarga.
Sementara itu, bilik gerakan banjir Jabatan Kerja Raya negeri melaporkan semua jalan utama antara Kuala Terengganu-Kota Baharu dan Kuala Terengganu-Kuantan boleh dilalui semua kenderaan.
Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran pula pada umumnya paras air di semua sungai utama di Terengganu berada di bawah paras bahaya pagi ini. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz2mrGp1Qi0 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive