29 December 2014

'Peruntukan ratus juta saya tak mahu tahu' - Husam


Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, soal jumlah peruntukan yang diumumkan kerajaan kepada mangsa banjir, tidak penting.

Sebaliknya kata Husam, lebih mustahak ketika ini adalah soal tindakan untuk membantu mangsa yang sedang berdepan ujian berat ketika ini.



"Ratus juta saya tak hendak tahu. Saya nak tahu pakaian sekolah ada (atau) tak.

“Ada tak bantuan (untuk) rumah rosak, kenderaan rosak? ” katanya ketika ditemuiMalaysiakini selepas menyampaikan bantuan ke rumah mangsa banjir di kampung Kadok, Pasir Mas hari ini.

Beliau diminta mengulas pengumuman bantuan khas RM500 juta kepada mangsa banjir di seluruh negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin.

Menurut Husam, biarpun pengagihan diurus Majlis Keselamatan Negara (MKN), wakil rakyat di Kelantan perlu digunakan untuk menyampaikan bantuan agar sampai kepada sasaran.

Kaji semula pengurusan bencana

Sementara itu, Husam yang juga ADUN Salor berkata, sistem pengurusan bencana negara khususnya semasa banjir, wajar dikaji semula.

Ia termasuk keberkesanan menggunakan aset jentera, sistem komunikasi sokongan dan sistem amaran kecemasan yang efektif.

"Rungutan dari orang ramai, mereka kurang berpuas hati dengan bantuan yang sepatutnya tiba pada masa diperlukan.

"Bila elektrik tidak ada, telefon tak boleh cas, orang ramai tidak boleh berhubung," kata Husam.

Sementara itu, setakat berita ini ditulis, air di beberapa kawasan sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas dilihat mula surut hari ini.

Bagaimanapun, beberapa kawasan rendah khususnya di kawasan berhampiran sungai Kelantan, masih ditenggelami air.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive