Perkara itu dimaklumkan jurucakap ATC Surabaya pada sidang media hari ini yang disiarkan secara langsung menerusi MetroTV, sebentar tadi.
"Perbualan dan komunikasi akhir juruterbang dan ATC akan kita umumkan esok," katanya.
Sementara itu, jurucakap AirAsia Indonesia yang turut berada dalam sidang media itu menjelaskan, pihaknya sudah bersetuju mengubah penerbangan pesawat berkenaan.
"Namun kita memerlukan sedikit waktu (untuk ubah penerbangan), perlu autoriti di Indonesia dan Singapura," katanya.
Pencarian pesawat AirAsia QZ8501 di Laut Jawa bersambung jam 7 pagi ini setelah pasukan penyelamat menghentikan usaha ekoran cuaca buruk semalam.
Pencarian pada hari kedua ini tertumpu di sekitar Kepulauan Bangka Belitung sejak pukul 6.00 pagi waktu Indonesia Barat.
Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia (Basarnas) menetapkan lokasi pencarian pada sekitar 270 batu nautika dari Bangka Belitung, iaitu posisi terakhir pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan.
"Titik itulah yang menjadi lokasi pencarian awal. Namun jika ada perkembangan lanjut, kita akan memperluas lokasi carian dengan mengambil kira semua faktor," ujar ketua Basarnas, Masekal Madya FHB Soelistyo di ibu pejabat Basarnas di Jakarta semalam seperti dipetik metrotvnews.com.
Dalam pada itu, dilaporkan pasukan tentera Indonesia (TNI) telah dimaklumkan akan koordinat pencarian ini.
"Kita juga sudah sampaikan koordinat ini kepada tentera udara dan tentera laut termasuk Lanal dan Lantamal di wilayah itu," kata timbalan ketua operasi Basarnas, Majyen TNI Tatang Zainudin.
Menurutnya, pencarian melibatkan dua helikopter serta pesawat Boeing 737 untuk pemantauan.
Usaha pencarian pesawat itu juga turut dibantu Malaysia, Singapura, dan Australia.
"Esok (Hari ini) kita akan kepung lokasi itu baik dari utara, selatan, barat, dan timur," tambah Tatang.
Usaha pencarian pesawat malang tersebut ditangguhkan semalam ekoran faktor cuaca yang tidak mengizinkan.
“Kami tamatkan pencarian jam 5.30 petang (6.30 petang waktu Malaysia) kerana keadaan semakin gelap. Cuaca juga tidak elok dan mendung,” kata menteri pengangkutan Indonesia Hadi Mustofa yang dipetik AFP.
“Esok (Hari ini) kami akan mulakan (pencarian pesawat QZ8501) pada jam 7 pagi, atau mungkin lebih awal jika cuaca mengizinkan,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment