01 January 2015

Banjir di Kelantan pulih mendadak


PENIAGA di bandar Tanah Merah membersihkan premis perniagaan mereka yang dilanda banjir tempoh hari di Tumpat. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan pulih mendadak apabila hampir separuh jumlah mangsa banjir dibenarkan pulang pagi ini.
Menurut Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, jumlah mangsa banjir setakat 10 pagi ini menurun secara mendadak kepada 44,081 orang berbanding 81,458 orang malam tadi.
Katanya, mereka yang terdiri daripada 10,753 keluarga masih ditempatkan di 178 pusat pemindahan di lapan jajahan.
Setakat ini, jumlah mangsa banjir di Tanah Merah sebanyak 14,184 orang, Tumpat (9,524 orang), Kuala Krai (5,645 orang), Kota Baharu (4,910 orang), Machang (3,769 orang), Pasir Mas (3,015 orang), Gua Musang (3,006 orang) dan Pasir Puteh (28 orang).
Cuaca di negeri berkenaan juga dilaporkan cerah pagi ini.
Secara keseluruhan jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Johor ialah 111,855 orang setakat pagi ini.
Sementara itu, keadaan banjir di Terengganu dan Pahang juga terus menunjukkan tanda-tanda semakin pulih apabila jumlah mangsa di Terengganu terus mencatat penurunan kepada 10,051 orang pagi ini berbanding 11,175 malam tadi.
Di Pahang pula jumlah mangsa banjir pagi ini berkurangan sedikit kepada 50,272 orang berbanding 50,292 orang malam tadi yang kini ditempatkan di 232 pusat pemindahan di lapan daerah.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah Temerloh masih menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 21,773 orang di 70 pusat pemindahan.
Tujuh lagi daerah iaitu Pekan menempatkan 13,425 orang, Jerantut (4,776orang), Bera (3,174 orang), Maran (3,021 orang), Lipis (2,745 orang), Kuantan (1,174 orang) dan Rompin (130 orang).
Di Perak pula, jumlah mangsa banjir bertambah sedikit kepada 7,313 mangsa daripada 1,981 keluarga pagi ini berbanding 7,139 mangsa daripada 1,950 keluarga malam tadi yang kini ditempatkan di 52 pusat pemindahan di lima daerah.
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, Perak Tengah masih menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 5,145 orang, Kuala Kangsar (1,231orang), Hulu Perak (762 orang), Kerian (107 orang) dan Manjung (68 orang).
Di Johor, jumlah mangsa banjir masih kekal 138 orang daripada dua daerah terjejas iaitu Segamat (93 orang) dan Batu Pahat (45 orang)
- BERNAMA

1 comment:

Haizum Haizum said...

Airnpun ta sudi Najib Berendam alam nya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive