20 August 2010

Bufet Ramadan : 15 hotel terkemuka di KL dan Putrajaya tidak mematuhi piawaian Halal

Hasil pemantauan 10 hari pertama Ramadan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati 15 hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mematuhi piawaian halal dalam penyediaan bufet Ramadannya.

Ia sebahagian daripada 24 hotel dan restoren di lima negeri - termasuk Selangor, Pahang, Selangor dan Kedah - yang didapati menggunakan bahan yang diragui halal.

Menurut Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, bermula 1 Ramadan (11 Ogos) lalu pemeriksaan dan serbuan terhadap 34 hotel bertaraf empat dan lima bintang itu sebahagian daripada pemantauan berterusannya.

"Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini Wan Mohamad berkata, sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia manakala promosi bufet Ramadan yang ditawarkan jelas tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan 'Halal') 1975.

"Jakim akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bersama KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan) kepada hotel-hotel ini pada setiap hari sepanjang Ramadhan.

"Oleh yang demikian, semua pihak hotel diingatkan agar tidak menyalahguna terma bufet Ramadan yang boleh memberi kekeliruan kepada pengguna yang mengunjungi hotel bagi berbuka puasa ... seterusnya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive