KUALA LUMPUR 10 Jun - Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dalam kenyataan menerusi laman rasmi Facebooknya mengesahkan menerima maklum berhubung isu kilang pemprosesan bihun yang jijik serta menggunakan logo halal.
Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM berkata, siasatan lanjut juga akan dijalankan berikutan produk terbabit menggunakan logo halal sendiri.
"Merujuk kepada pertanyaan yang diterima hari ini (10 Jun 2014) berkaitan produk 'BIHUN ISTIMEWA' yang menggunakan lambang masjid dan telah disebarkan melalui media-media sosial, JAKIM dengan ini menegaskan bahawa syarikat tersebut adalah bukan Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan tidak pernah mempunyai sijil halal yang sah daripada JAKIM.
"Walaubagaimanapun, oleh kerana produk tersebut menggunapakai logo halal sendiri (self declaration) pada pembungkusan, perkara ini adalah bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan boleh dikenakan tindakan di bawah akta berkenaan," tegasnya.
Sebelum ini orang ramai dihidangkan dengan 'sarapan' beberapa keping gambar jijik melibatkan sebuah kilang pengeluaran produk makanan membuat makanan yang tersebar dan menjadi viral di laman media sosial Facebook. [ARTIKEL DI SINI]
No comments:
Post a Comment