16 October 2010

... la apa pulak ni wei ... 60 anggota AMK minta DSAI letak jawatan Penasihat

PETALING JAYA: Kira-kira 60 anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkumpul di hadapan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini bagi mendesak penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya segera berundur daripada kepimpinan parti.

Mereka yang mendakwa anggota PKR Pulau Pinang dan Perak, turut menyerahkan Memorandum Taubat kepada petugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat parti itu, Rauo Imran untuk diberikan kepada Anwar.

Wakil kumpulan itu, Nur Ilmi Ismail berkata ketua pembangkang tersebut wajar melepaskan jawatannya selepas berlaku pendedahan demi pendedahan mengenai tindak-tanduknya selama ini.

"Kita tidak mahu seorang pemimpin yang hanya sibuk mengendalikan masalah peribadi, kami juga amat berharap Anwar yang juga Penasihat PKR, akan bertaubat bagi menjaga imej parti.

"Kami tidak mahu seorang pemimpin yang menggunakan dan berselindung di sebalik parti untuk mengelak daripada (dikenakan) tindakan undang-undang," katanya ketika ditemui di ibu pejabat PKR, Sabtu.

Beliau juga berkata segelintir pemimpin tertentu dalam parti itu wajar berundur demi menyelamatkan parti yang kini didakwa semakin kucar-kacir.-BERNAMA

2 comments:

nikman said...

ANAK HARAM MANA PULAK DAH ?
TAK HABIH2 DUK KACAU YB ANUAR.
PELEQ SUNGGUH DEPA NI,
TANYA SAT BERAPA UPAH DEPA DAPAT?
HARAMJADAH SUNGGUH.

Anonymous said...

haramjadah punya AMk....baru kena goreng dgn saifool dah goyang....lu sape nak suruh DSAI letak jawatan.....akai cetek punya AMK.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive