09 June 2014

Polis Syariah - PDRM sedia tempatkan annggota di Jakim - Zahid

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri bersedia menempatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai polis syariah, kata Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, PDRM mempunyai pegawai dan anggota yang bersesuaian untuk penempatan itu dan hanya menunggu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mewujudkan jawatan itu di Jakim.
"Ramai anggota polis yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan ada yang memiliki ijazah daripada universiti tempatan atau luar negara dalam bidang agama dan kami bersiap siaga untuk menempatkan pegawai kami ke Jakim,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sebelum ini, terdapat cadangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menubuhkan polis syariah sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.
Zahid sebelum itu menghadiri majlis makan tengah hari dan ceramah bersama Ulama Sheikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah bersempena kunjungan hormat imam dan khatib Masjid Saidina Jaafar, Jordan, di kementerian hari ini.
Ahmad Zahid berkata tiada tempoh yang ditetapkan untuk penempatan anggota PDRM di Jakim itu dan menyerahkan usaha untuk mendapatkan kelulusan bagi perjawatan itu daripada JPA kepada Jakim. - Bernama


Po

1 comment:

Anonymous said...

PDRM toksah nak menyibuk, pergi main jauh-jauh. Kerja yang ada tak terbuat, nak buat kerja orang lain. Biar polis syariah ada organisasinya yang tersendiri sebagaimana SPRM tertubuh dengan entiti tersendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive