09 June 2014

The Edge beli The Malaysian Insider

SHAH ALAM 9 JUN : Portal berita online The Malaysian Insider (TMI) dibeli oleh Kumpulan Media The Edge (TEMG).
Ketua Pegawai Eksekutif TMI, Jahabar Sadiq mengesahkan berita tersebut menerusi Twitter pada pagi Isnin.
“Selamat Pagi TwitterJaya. The Malaysian Insider kini sebahagian daripada Kumpulan Media The Edge. (Good morning TwitterJaya –> The Malaysian Insider @tm_insider is now part of The Edge Media Group),” tulisnya di Twitter kira-kira pukul 11.15 pagi.
The-Malaysian-Insider-TMI-logoKetika dihubungi, Jahabar memberitahu pengambilalihan itu dimuktamadkan dalam tempoh 30 hari lalu dengan TMI mengekalkan jenamanya.
“Ia hanya pertukaran pemilikan. Hala tuju dan dasar portal berita ini tidak berubah. Kami akan terus beroperasi seperti biasa,” katanya dipetik Mstar Online.
TMI yang ditubuhkan pada 2008 merupakan portal berita online yang menduduki tempat ke-10 daripada 30 laman web negara ini yang paling banyak dilawati pada bulan April, menurut kaji selidik Persatuan Digital Malaysia (MDA) dan comScore Inc.
Sementara itu, Penerbit TEMG dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ho Kay Tat berkata, pengambilalihan tersebut akan meningkatkan kehadiran kumpulan tersebut di ruang media digital.
Malaysia Insider“Sebagai sebuah kumpulan media serantau bersepadu, kami sentiasa mencari peluang untuk mempelbagaikan platform media dan kami gembira memiliki TMI sebagai sebahagian daripada portfolio kami,” katanya.
“Keputusan untuk membeli TMI didorong oleh hakikat bahawa kami berkongsi wawasan yang sama, nilai editorial untuk menggalakkan ketelusan, kesederhanaan dan pembangunan sosio-ekonomi inklusif,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive