Showing posts with label bukan Islam. Show all posts
Showing posts with label bukan Islam. Show all posts

30 June 2014

Soo Wincci berpuasa bersendirian di Taiwan













PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci yang kini menetap di Tawian memberitahu tindakannya berpuasa pada bulan Ramadan kali ini dipandang sebagai sesuatu yang pelik oleh rakan-rakan berbangsa Cina di negara itu.

Bagaimanapun, Soo Wincci, 28, berkata, ia adalah salah satu perkara yang cuba ditunjukkan kepada rakan-rakannya tentang kelebihan berpuasa yang diamalkan oleh umat Islam setiap kali menjelangnya Ramadan.

"Ini merupakan tahun ketiga saya berpuasa setiap kali bulan Ramadan, namun tahun ini saya berpuasa bersendirian di Taiwan.

“Ramai kawan saya bertanya tentang amalan berpuasa dan kenapa saya berpuasa? Mereka semua pelik, ketika saya menunggu waktu berbuka di sebuah restoran di Taiwan, beberapa pelayan datang bertanya mengapa saya tidak makan sedangkan makanan sudah tersedia.

“Walhal saya sedang menunggu waktu berbuka,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di sini, Isnin.

Tambah Wincci, cabaran berpuasa tahun ini berbeza terutamanya daripada segi masa di negara itu lebih panjang berbanding di Malaysia. Malah, katanya, jadual kerja dan penggambaran sepanjang bulan ini agak padat.

“Saya kunci jam untuk bersahur pada pukul 3 pagi kerana di sini Subuh pada pukul 3.38 pagi dan waktu berpuasa lebih sejam daripada Malaysia.

“Jika di Malaysia saya ada rakan-rakan Melayu untuk berbuka dan berpuasa, tetapi di sini lebih mencabar kerana masyarakat beragama Islam tidak ramai.

“Jadual saya pula agak padat kerana bakal menjalani penggambaran mini filem antarabangsa dan muzik video pada bulan ini, namun saya yakin saya dapat menjalani puasa ini dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Soo Wincci turut menolak dakwaan beberapa pihak yang menganggap dia berpuasa kerana sedang bercinta dengan lelaki beragama Islam atau Melayu.

Pada awalnya dia cuba telah berpuasa kerana berjanji dengan peminat-peminat, namun disebabkan kelebihan yang didapati sepanjang berpuasa, dia meneruskan niat untuk terus berpuasa setiap kali Ramadan.

"Ada spekulasi kata saya ada kekasih beragama Islam yang menyebabkan saya berpuasa setiap tahun namun sebenarnya tidak. Pada awalnya saya hanya berjanji dengan peminat-peminat Melayu, namun bila saya lihat banyak kelebihan apabila berpuasa saya teruskan untuk berpuasa setiap kali Ramadan.

“Saya dapati banyak kelebihan terutama daripada segi kesihatan dan mental saya lebih kuat apabila berpuasa,” katanya yang berazam untuk berpuasa penuh selama sebulan.

27 February 2014

Kenapa dengki saya tutup aurat - Felixia Yeap




SHAH ALAM - Bekas model, Felixia Yeap mempersoalkan kenapa masih terdapat segelintir masyarakat yang dengki dan sakit hati dengan tindakannya menutup aurat.

Padahal ujarnya, beliau hanya menutup aurat sepertimana kebanyakan Muslimah sejati yang lain, tanpa mempunyai niat yang tidak baik.

"Kepada yang dengki atau benci sangat bila saya bertudung dan bertekad untuk menutup aurat seperti seorang Muslimah tanpa niat lain selain daripada mahu menutup aurat saya...

"...adakah anda akan rasa lebih gembira kalau saya tanggalkan tudung saya dan berpakaian seperti dahulu?

"Pernah tak memikirkan perasaan seseorang wanita yang disuruh tanggalkan bajunya atau hijabnya? Ianya tiada berbeza daripada mencabuli kehormatannya.

"Begitu kejam sekali nak buat pada saya? Apa salah saya?," katanya yang dipetik menerusi lama Facebooknya, semalam.

Perkongsian Yeap itu, telah menarik pelayar Facebook untuk menyokong dan memberi semangat kepada beliau.

Menurut  Abdul Nizam Khalid, ramai yang tahu bahawa menutup aurat adalah hukum wajib dalam Islam tapi hakikatnya menutup aurat adalah naluri yang fitrah bagi seorang wanita.

"Ini antara sebabnya bukan Muslim juga turut mengenakan hijab di seluruh dunia. Teruskan, anda berada di landasan yang betul," tulisnya.

Sementara Nazilah Zainal pula menyarankan agar Yeap mengabaikan kata-kata nista tersebut dan menjadi diri sendiri.

"Sayang jangan dengar cakap orang ya.. Hanya kamu tahu apa yang kamu buat. Diri kamu, bukan diri mereka. Jaga diri, semoga selalu menjaga kehormatan... Bangga dengan kamu!," tulisnya.

Ini bukan kali pertama Yeap dikritik ekoran tindakannya berhijab.

31 January 2014

Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah - Felixia Yeap

Kuala Lumpur: “Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Semuanya bergantung pada Tuhan. Sama ada cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Saya tunggu hidayah,” kata Felixia Yeap.
Model jelita berusia 28 tahun itu yang pernah beraksi untuk majalah Playboy, baru-baru ini mengejutkan masyarakat negara ini apabila berubah imej daripada berpakaian seksi kepada bertudung biarpun masih belum memeluk Islam.
“Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah,” katanya.

Malah, kata Felixia, dia menyambut Tahun Baru Cina hari ini dengan pakaian berimej Islam termasuk memakai tudung kerana berasa lebih selesa dan tenang.

FELIXIA kelihatan lebih manis apabila bertudung.
Menurutnya, Tahun Baru Cina kali ini disambutnya secara sederhana, namun meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan saudara-mara terdekat. - myMetro

16 July 2013

Mengapa 2 budak Cina persenda Islam dibebaskan? - Datuk Syed Ali Alhabshee.


July 16, 2013

Apakah kita takut bertindak kerana ingin menjaga perasaan orang lain sedangkan maruah agama Islam dihina sebegitu, kata Datuk Syed Ali Alhabshee.
PETALING JAYA: Umno Cheras mempersoalkan mengapa pihak berkuasa  tidak berani mengambil tindakan terhadap paasangan bukan Islam yang mempersenda Ramadan.
Apakah kita takut bertindak kerana ingin menjaga perasaan orang lain sedangkan maruah agama Islam dihina sebegitu, kata ketuanya Datuk Syed Ali Alhabshee.
Katanya, jika pihak berkuasa agama dan termasuk mereka yang bertanggungjawab dalam undang-undang tidak bertegas dalam perkara ini, akhirnya ‘kepala umat Islam’ di negara ini akan terus dipijak oleh bukan Islam.
Beliau  menambah aruah umat Islam di negara ini akan berterusan berada di tahap yang paling hina jika pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee dilepas begitu sahaja tanpa sebarang tindakan undang-undang.
Pasangan itu  mencemarkan kemuliaan Ramadan dengan mengucapkan ‘selamat  berbuka puasa dengan bak kut teh wangi, enak dan menyelerakan.
Menurutnya,  pasangan tersebut yang sebelum ini terkenal dengan blog seks sepatutnya didakwa di mahkamah dan wajar dijatuhkan hukuman setimpal agar menjadi teladan dan peringatan kepada mereka yang sengaja mempersenda dan menghina kemuliaan agama Islam.
Katanya, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail turut menjelaskan bahawa Alvin dan Vivian boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia, tetapi mengapa sehingga ke hari ini tidak ada sebarang tindakan  yang dibuat.
`Double standard’
Syed Ali berkata, beliau bimbang akibat daripada itu, akan menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan umat Islam bahawa penguatkuasaan undang-undang  berhubung kesucian agama Islam di negara ini dilakukan tidak tegas dan ‘double standard’.
Beliau menyebut contoh bagaimana pihak berkuasa agama begitu ‘tegas’ setiap kali datangnya Ramadan terhadap mana-mana individu Islam yang tidak berpuasa dengan peruntukan undang-undang sedia ada yang boleh dipenjara atau dikenakan denda jika sabit kesalahan.
“Tetapi dalam isu dua anak Cina yang hina umat Islam dengan sup tulang babi dibiarkan bebas hanya dengan ucapan minta maaf, ini akan menimbulkan kekecewaan dan kemarahan rakyat terhadap ketelusan pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang,” tegasnya.
Katanya, apabila rakyat marah kepada kerajaan secara tidak langsung mereka akan menunding jari terhadap Umno sebagai parti tonggak kerana tidak berani mempertahankan maruah dan kesucian agama Islam  apabila secara nyata dihina oleh bukan Islam.
“Ini sesuatu yang serius, saya bimbang masyarakat umum akan menyalahkan Umno dengan dakwaan tidak berani bertindak terhadap bukan Islam yang hina agama kita, akhirnya orang Melayu dan umat Islm mula akan menjauhkan diri daripada parti,” tegasnya.
Menurut Syed Ali lagi, pihak berkuasa agama seharusnya lebih sensitif dan peka terhadap mana-mana pihak yang berniat jahat untuk menimbulkan kemarahan umat Islam menerusi penghinaan terhadap kesucian agama Islam.
“Pihak berkuasa kena siasat secara serius, kenapa mereka berani hina dan cerca agama Islam menerusi laman-laman sosial, apa motif mereka dan siapa sebenarnya dalang disebalik perbuatan biadab itu,” tegasnya dalam blognya hari ini.

KJ: Hukum penulis blog seks isu sup babi


Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang terkenal dengan blog seks mereka harus diadili undang-undang walaupun sudah memohon maaf kerana menimbulkan kemarahan umat Islam dengan usikan membuka puasa dengan bak kut teh (sup babi).

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, walaupun sudah meminta maaf melalui laman perkongsian video Youtube, hukuman harus dijatuhkan supaya menjadi teladan kepada orang lain.

Katanya, jika mereka terlepas hanya kerana dengan memohon maaf dan kes itu akhirnya ditutup, ia akan menjadi tidak adil kepada pihak lain.

NONE"Biarlah ia menjadi pengajaran kepada semua orang (supaya tidak memperolokkan agama lain)," katanya yang menyifatkan tindakan kontroversi itu sebagai serius.

Khairy (kanan) berkata, tindakan itu harus dilaksanakan bukan sahaja terhadap pihak yang menghina agama Islam, tetapi semua agama.

"Kita tidak mahu orang ramai menuduh kita mengamalkan pendakwaan terpilih apabila kita menjatuhkan hukuman," katanya dalam sidang media hari ini.

Alvin dan Vivian yang pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu dengan kapsyen: 

"Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan."

Mereka juga meletakkan logo halal pada gambar berkenaan. 

Tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai pihak, terutamanya umat Islam di negara ini atas dakwaan memperolokkan kesucian Islam dan bulan Ramadan.

[Baca berita penuh] 

14 July 2013

Persenda Ramadan - Vivian Lee dan pasangan dicari SKMM


ScreenHunter_01 Jul. 12 14.48
KUALA LUMPUR 14 Julai – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memanggil pasangan yang mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini di laman facebook mereka.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, akan dipanggil memberi keterangan berhubung kes itu yang mendapat bantahan banyak pihak.
“SKMM akan memanggil mereka bagi membantu siasatan kes itu dalam masa terdekat, buat masa ini kita serah pada SKMM untuk jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Pasangan itu yang juga bekas penuntut National University of Singapore mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen ’Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh…wangi enak dan menyelerakan’ berserta logo halal.
Hari ini, satu lagi akaun facebook telah memuat naik status yang mempersenda Ramadan dengan menampilkan iklan berbuka puasa dengan babi panggang yang turut diletakkan logo halal.
Mengulas mengenainya, Jailani berkata, perkara itu telah dibawa kepada SKMM yang mengesahkan akaun itu diwujudkan oleh pengguna dari luar negara.
“SKMM akan membuat laporan kepada pengurusan facebook dan meminta mereka menyekat atau memadam akaun berkenaan,” katanya.
Dalam pada itu, Jailani menasihatkan pengguna facebook terutama umat Islam supaya membuat laporan terus kepada pentadbiran laman sosial itu atau SKMM jika mendapati ada perbuatan menghina kesucian Islam dalam laman sosial itu.
Pengguna facebook juga dinasihat supaya tidak berkongsi atau menyebarkan status berkenaan bagi mengelak berlakunya suasana tidak selesa dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
- Bernama

30 July 2012

[Video] J SZE Gadis Cina dengan hujah2nya kenapa dia berpuasa - Ikon baru dalam dunia dakwah

SENSASI DI YOUTUBE: Gadis cina hot BUKAN ISLAM memberi hujah-hujahnya mengapa beliau berpuasa di bulan Ramadhan! KEBANGKITAN PENDAKWAH BUKAN ISLAM!

J SZE adalah ikon baru dalam dunia dakwah. Apa yang unik ialah beliau bukan Islam tetapi merupakan salah seorang anggota team Najasyi / Abu Talib yang giat belajar tentang logik Islam dan juga bahasa Arab. Beliau mengambil ijazah dalam child psychology.

J SZE telah menakjubkan ramai di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH baru2 ini di Johor bila beliau menjelaskan hujah demi hujah mengapa aqidah Islam lebih rasional dari agama-agama lain. Ini adalah video pertama J SZE dalam usahanya untuk menghilangkan prejudis masyarakat bukan Islam terhadap Islam. Beliau amat menentang Islamofobia. -Xifu Naser - Kelab Greenboc

13 February 2012

Ha ni Persatuan Ulama Malaysia dah bagitau .... Tidak boleh sertai upacara bertentangan aqidah ...

by Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berpandangan semua pihak khususnya umat Islam sepatutnya lebih prihatin dan mengambil perhatian berat dalam isu-isu keterlibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam.
 “Ini adalah kerana perkara tersebut mempunyai hubungkait dengan aqidah umat Islam. Aqidah adalah komponen teras dalam agama Islam,” kata setiausaha agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor dalam satu kenyataan.
 Katanya, PUM berpandangan isu berkaitan penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam sepatutnya selesai jika semua pihak merujuk dan mengikut Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-68 yang telah bersidang pada 12 April 2005.
 Beliuau berkata, salinan garis panduan tersebut boleh diakses melalui laman web rasmi e-fatwa Jakim seperti di alamat www.e-fatwa.gov.my.

05 August 2011

Serbuan ke Gereja : Kenyataan penuh Dato' Dr Hasan Ali

KENYATAAN AKHBAR DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima. Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir 1 jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

27 April 2011

Ramai Islam di Semenanjung murtad

Oleh: MUTALIB M.D

ISU Murtad di Sabah bermula sejak era 1970-an apabila Kerajaan USNO melalui Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) mengIslamkan ramai bumiputera Sabah yang tidak beragama ketika itu dan memberi pelbagai insentif seperti lesen pembalakan dan kemudahan menunaikan haji secara percuma; namun mengabaikan tanggung jawab mereka menyebarkan syiar Islam.

Sejak daripada itu, ramai Islam Politik telah kembali mengamalkan anutan agama nenek moyang mereka termasuk kembali memakan makanan yang dihalalkan agama Islam dan murtad disebabkan USIA ketika itu hanya menjalankan misi sulit mengIslam bumiputera bukan Islam tetapi misi berkenaan gagal.

01 October 2010

Zahid Hamidi habaq mai sat pasai apa paksa Bukan Islam ikut cara Islam

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta menjelaskan kepada golongan bukan Islam di seluruh negara mengapa pelajar bukan Islam telah dipaksa untuk membuat cara sembahyang (berdoa) orang Islam.

Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berkata, ini seperti yang berlaku pada 13 April 2008 di dewan kuliah Rejimen 515 Askar Wataniah, Jalan Ampang dengan meminta Zahid memberikan identiti pelatih yang terlibat dalam kes tersebut.

“Saya meminta agar Zahid menjelaskan mengapa perkara sebegini boleh berlaku di bawah kepimpinannya,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, katanya, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Wee Ka Siong amat kesal dengan tindakan mengungkitkan semula isu di mana pelajar bukan Islam telah dipaksa untuk meniru cara sembahyang orang Islam.

“Sekiranya Kerajaan BN mengangap kes di atas merupakan satu-satu kes yang berlaku di negara ini, maka saya akan memberikan satu lagi contoh untuk membuktikan kes tersebut bukan satu kes terpencil tetapi merupakan a tip of the iceberg,” ujarnya.

Mengenai kejadian pada 13 April 2008 lalu itu, kata beliau sekiranya pelatih enggan untuk membuat perkara yang sama maka dia akan dipaksa untuk meninggalkan kem.

Selain itu, tambahnya pemberi maklumat juga risau akan dipecat kerana membongkarkan isu itu.

Baginya, Askar Wataniah merupakan pertubuhan penting dalam sistem pertahanan negara.

Mereka yang menyertai askar wataniah tidak kira berasal dari mana-mana kaum, matlamatnya adalah sama iaitu mempertahankan kedaulatan negara dan memberikan sumbangan kepada negara.

Malangnya, kata beliau remaja yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bercita-cita untuk mempertahankan negara telah berasa tidak senang hati kerana gangguan ke atas kepercayaan mereka daripada kumpulan fanatik agama yang wujud dalam pasukan.

Menurut statistik yang dikeluarkan pada 2006, kaum Cina hanya membentuk 5% daripada jumlah askar wataniah di mana Rejimen 509 Askar Wataniah yang terletak di Lebuhraya Peel merupakan satu contoh yang baik.

Rejimen ini menerima penyertaan hangat daripada orang Cina. Penyertaannya adalah tidak berasalkan kaum, malah pelatih telah mengadakan road show di setiap sudut untuk menyedarkan golongan remaja bahawa kepentingan untuk mempertahankan kedaulatan negara. Kaum Cina yang menyertai askar wataniah juga terdiri daripada golongan mahasiswa dan golongan profesional.

Program askar wataniah telah memberikan masa yang fleksiber kepada para peserta untuk menggalakkan penyertaan mereka ke dalam perkhidmatan askar wataniah. Mereka akan dilatih pada hujung minggu. Latihan rekrut adalah lebih kurang seperti latihan sebenar malah mereka juga diberikan gaji.

Peserta boleh memilih Latihan Tempatan atau Latihan Lanjutan apabila latihan rekrut tamat. Mereka akan dibahagikan kepada latihan ketenteraan yang berlainan seperti Kor Armour, Rejiman Askar Jurutera, Rejimen Semboyan dan sebagainya.

“Malangnya, askar wataniah yang tidak membezakan warna kulit, terkenal dengan tindakan tatatertib yang ketat dan reputasi yang baik, kini reputasinya telah dicemari oleh dasar agama Kerajaan BN.

“Situasi yang berlaku kini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negara yang menjanjikan kebebasan beragama,” ujar Teck Hwa lagi. - Harakahdaily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive