• pelbagai makanan
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - "Rasa macam nak beli semua, nak makan semua." Ungkapan lazim bagi sesetengah yang berpuasa terutama kalau melangkah ke pasar atau bazar Ramadan.

Kalau ikut tekak, memang semua nak makan dan tidaklah susah hendak mencari makanan atau juadah pada bulan Ramadan.

Di penjuru jalan, di bahu jalan, di kaki lima, mana ada sahaja kawasan lapang, pasti ada gerai menjual makanan dan minuman.

Ini tidak termasuk kawasan yang sudah dikhaskan sebagai pasar atau bazar Ramadan.