Showing posts with label Bible. Show all posts
Showing posts with label Bible. Show all posts

16 June 2014

'Jangan pulangkan Bible pada BSM'



Kira-kira 100 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam hari ini mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak tunduk kepada arahan kerajaan Selangor yang meminta jabatan itu memulangkan semula 300 naskhah Bible dalam bahasa Malaysia yang dirampas pada Januari lepas.

Pengerusi Pembela-pembela Islam Malaysia (PEMBELA) Hafiz Nordin yang mewakili gabungan kira-kira 100 NGO itu berkata ini berikutan naskhah Bible tersebut mengandungi kalimah Allah yang dilarang penggunaannya oleh kaum bukan Islam di negeri ini.

06 January 2014

Serbuan JAIS ikut undang-undang

SHAH ALAM – Serbuan Jabatan Agama Islam  Selangor (Jais) ke atas Pejabat Bible Society of Malaysia (BSM) di Damansara Kim, Khamis lalu adalah mengikut undang-undang, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Menurutnya, serbuan tersebut menunjukkan pihak berkuasa agama di negeri Selangor bertanggungjawab mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada dalam menjalankan tugas menguatkuasakan perundangan Islam di negeri ini.

“Apakah tujuan (gereja Katolik di Selangor terus menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya) mereka itu? Tidak lain dan tidak bukan adalah kemungkinan untuk kelirukan orang Islam dengan kalimah ALLAH, yang kita bertuhankan ALLAH yang satu sedangkan mereka (Kristian) bertuhankan tiga (triniti) .

“Apakah tujuan mereka menggunakan kalimah ALLAH bukannya God dalam bible itu,” katanya sewaktu berucap di Majlis Penyerahan Sumbangan Amal dan Penutupan Promosi Jualan Akhir Tahun di ruang legar Kompleks PKNS, semalam.

26 December 2012

Istilah 'God' perlu diganti dengan Tuhan bukan ALLAH

Wednesday, 26 December 2012 18:05
Pix: The Malaysian InsiderPix: The Malaysian InsiderPETALING JAYA: PAS berpendapat menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar dan parti itu berpendirian istilah ‘God’ digantikan dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan.
Bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada God sama ada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.

PAS juga melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive