Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.
Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.
Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.
Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.
Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka. - Metro
2 comments:
apa sudah jadi... akan terjadi... salah aku ke kerana aku dilahirkan islam... islam mahu lebih ramai manusia menganut islam... nasrani mahu lebih ramai lagi yang boleh dikristiankan...kadang2 aku tertanya-tanya... apabila ada sambutan negara.. tahun baru.. merdeka.. berapa peratus orang2 so call muslim yang yang berseronok.. compare dengan orang agama lain.. berapa ramai so call mufti..imam.. mubaligh islam yang turut ke grass root... bercampur gaul dengan masyarakat sambil bertarbiah... tv dimalaysia... masa maghriblah dengan drama dan katunnya... la ni kita dok salahkan orang murtad....
tak usah pergi jauh... pergi kampung orang asli... ajak masuk islam.... buat surau... akhirnya mereka saperti dulu juga semua sapu.... kenapa agaknya.... kristian masuk kampung orang asli... berjaya... kenapa agaknya... untuk menjadi pendakwah yang berjaya.. kita kena mengaku kelemahah diri sendiri... untuk ajak orang masuk islam adalah task yang mudah... untuk mengekalkan orang dalam islam is not an easy task....
Ini adalah salah satu kekuatan pihak kristian dapat memujuk individu memeluk agama mereka. Pertolongan di beri kepada mereka yang merempat dan tidak kemampuan untuk hidup seharian. Bila iman senipis kulit bawang, kebanyakan akan mengikut.
Sebaliknya apa pula yang pendakwah Islam dapat berikan? Setakat usrah janji dosa pahala tidak akan menyelesaikan masalah mereka di dunia.
Jika badan badan pendakwah Islam dapat di bekal dengan dana untuk menarik golongan ini, kemungkinan mereka dapat kita selamatkan. Kenapa tidak kita gunakan wang baitulmal untuk tujuan tersebut, daripada ianya di perap yang akhirnya di songlap oleh penyanyak penyanyak.
Post a Comment