Showing posts with label MAIS. Show all posts
Showing posts with label MAIS. Show all posts

05 November 2014

Fatwa Haram SIS: Pemuda PAS Sokong Mais

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 3:35 PM

Muhammad Khalil Abdul Hadi

PETALING JAYA: Pendirian dan tindakan Sisters In Islam (SIS) selama ini mewajarkan ia diharamkan serta merta tanpa kompromi, demikian kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP), Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Malahan, DPP juga menganggap ketegasan terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu perlu kerana kedegilannya telah mencetus pelbagai polemik fahaman dan pegangan umat Islam di negara ini.

15 July 2014

Sultan Selangor murka Khalid Samad persoal kuasa MAIS

Ingat balik...pada 17 Jun baru ini, Ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam,Khalid Samad telah mendesak PAS meminta kerajaan negeri Selangor meminda peruntukan enakmen bagi mengurangkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).Ini ekoran kontroversi MAIS tidak mahu memulangkan Bible dalam bahasa Malaysia yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Persatuan Bible Malaysia dekat Petaling Jaya Januari lalu.

Ramai juga yang terkejut beliau membuat kenyataan seumpama itu kerana MAIS adalah dibawah naungan Sultan Selangor.Baginda mempunyai kuasa dalam semua urusan hal ehwal agama Islam di negeri itu.

Malah Pengerusi Perhubungan PAS Selangor ,Iskandar Samad segera membuat kenyataan bahawa apa yang dicakap Khalid itu bukan pendirian rasmi PAS Selangor.

Setelah hampir sebulan berlalu,Sultan Selangor akhirnya bersuara.Baginda nyata amat murka dengan kenyataan Khalid itu.

02 February 2014

MAIS dan JAIS halang kempen Anwar

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
FEBRUARY 02, 2014
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berucap di Masjid Kariah Batu 10, Cheras yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Februari, 2014.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berucap di Masjid Kariah Batu 10, Cheras yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Februari, 2014.Program kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang mendapat halangan sejak hari pertama lagi daripada pihak berkuasa agama negeri iaitu Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Halangan ini membayangkan kesukaran untuk Anwar bergerak ke kerusi menteri besar Selangor.
Ia dilakukan dengan cara menyekat Anwar menemui penduduk Kajang menggunakan masjid yang terletak di bawah pentadbiran Mais.
Mais mengugut akan menangkap Anwar jika dia memberikan tazkirah di sebuah masjid di Selangor pada hari pertama kempen.
Ia berlaku apabila pasukan kempen Anwar merancang untuk membolehkan Anwar menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Batu 10, Cheras pada Jumaat lalu.
"Pada pagi Jumaat kami mendapat panggilan bahawa Mais dan Jais akan menangkap Anwar dan Dr Muhd Nur Manuty sekiranya membaca khutbah dengan alasan tidak ada tauliah," kata sumber daripada pasukan kempen Anwar.
Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dijadualkan bertemu penduduk Kajang di Masjid Batu 10 pada Jumaat lalu.
Berdasarkan perbincangan dengan pengurusan masjid, Anwar dijadualkan memberikan tazkirah di situ manakala Muhd Nur menyampaikan khutbah Jumaat.
Akibat halangan itu, Anwar tidak boleh memberikan tazkirah dan Muhd Nur juga tidak boleh membaca khutbah di masjid berkenaan.
Sebelum itu, pasukan kempen Anwar merancang untuk berbuat demikian di Masjid Impian Saujana, Kajang namun dihalang oleh Mais.
"Awalnya masjid bersetuju namun selepas subuh 30 Januari, pihak nazir memberitahu mereka menerima tekanan daripada Mais. Mereka tidak berani melaksanakan program kami. Kami lantas mencari masjid lain," kata sumber itu.
Kerusi DUN Kajang kosong susulan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lee Chin Cheah daripada PKR. Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan PKR memilih Anwar sebagai calonnya di situ.
Pengumuman itu turut disertai oleh pemimpin PAS dan DAP yang menyokong keputusan itu.
Mengikut perancangannya, Anwar dijangka dilantik menjadi menteri besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah sebelum ini berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi menteri besar negeri itu.
Beliau berkata, kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
"Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan menteri besar dan kedua, pembubaran Dewan Undangan Negeri.
"Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa," katanya. – 2 Februari, 2014. - TMI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive