05 November 2014

Fatwa Haram SIS: Pemuda PAS Sokong Mais

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 3:35 PM

Muhammad Khalil Abdul Hadi

PETALING JAYA: Pendirian dan tindakan Sisters In Islam (SIS) selama ini mewajarkan ia diharamkan serta merta tanpa kompromi, demikian kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP), Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Malahan, DPP juga menganggap ketegasan terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu perlu kerana kedegilannya telah mencetus pelbagai polemik fahaman dan pegangan umat Islam di negara ini.


Sehubungan itu, katanya, Pemuda PAS berdiri bersama dengan keputusan pihak Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang mewartakan fatwa pengharaman SIS Julai lalu.

"DPP kesal, SIS bersikap mencabar pihak berkuasa agama negara ini dan kontradik dengan keterbukaan yang diperjuangkan sendiri apabila gagal menjawab atau menjelaskan segala dakwaan atas mereka terutama berkaitan kesesatan pegangan SIS.

"SIS hanya berselindung dan beralasan dengan kebebasan bersuara dan hak memberikan pandangan," katanya dalam kenyataannya pada Rabu.

Ia susulan tindakan SIS yang memfailkan semakan kehakiman kerana tidak berpuas hati dengan fatwa Mais terhadap pengharaman itu dengan alasan mereka tidak menentang sebarang undang-undang sebaliknya hanya menggunakan hak kebebasan sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan.

Muhammad Khalil menegaskan, bertunjangkan isu feminisme yang diperjuangkan, SIS semakin berani menyanggah asas Islam pegangan masyarakat negara ini iaitulah mensepakati pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Selain mempermain-main dan menyindir usaha penegasan syariat Islam kepada masyarakat Muslim negara ini seperti isu tudung wanita di Kelantan dan mencabar fatwa pengharamannya kerana berpegang kepada pluralisme dan liberalisme agama," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive