RANGKAIAN televisyen National Geographic akan menyiarkan satu dokumentari mengenai kehilangan penerbangan MH370 pada 8 Mac iaitu hari ulang tahun pertama kehilangan pesawat tersebut dengan bukti terbaru ia sedang dalam perjalanan ke Antartika pada hari berkenaan.
Menurut portal Mirror Online, National Geographic dilapor telah menemubual beberapa pakar penerbangan yang mendakwa MH370 secara dengan sengaja telah di bawa ke Antartika oleh seseorang yang berada di Kokpit.
Bagaimanapun identiti pakar-pakar penerbangan itu tidak didedahkan setakat ini dan akan hanya ditayangkan pada 8 Mac.
Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dilaporkan hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bejing.
Selain daripada teori baharu daripada pakar, siaran televisyen terkenal itu juga akan mendedahkan data satelit bagi menyokong dokumentari berkenaan.
Dokumentari itu percaya bahawa pesawat MH370 telah membelok sebanyak tiga kali sebelum terus ke Antartika dan bukan Lautan Hindi.
Mirror Online dalam laporan itu turut memetik pakar penerbangan Malcolm Brenner sebagai berkata," insiden yang mendapat perhatian dunia itu tidak pernah saya dengar sepanjang karier saya sejak 40 tahun dahulu. - mStar
No comments:
Post a Comment