25 February 2015

AMAD - Jaafar Onn Serah Keselamatan Diri Pada Allah


..
Selepas aktres jelita, Nora Danish menjadi mangsa apabila gambarnya dipegang satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Anak Malaysia Anti Demokrasi menerusi sebuah video yang tersebar luas di media sosial pada minggu lalu, terbaru wajah selebriti popular, Jaafar Onn pula menjadi mangsa seterusnya kumpulan sama.
Mengulas isu berkenaan, Jaafar Onn, 65, ketika dihubungi Malaysian Digest sebentar tadi menyatakan dia menyerahkan keselamatan dirinya kepada Allah dan tidak mahu terlalu memikirkan hal itu.
"Entahlah, tak tahu nak kata. Dalam zaman Internet ini, macam-macam hal dan ramai orang yang terlebih pandai...
"Saya serahkan keselamatan diri saya kepada Allah. Hidup mati kita ini, Allah yang tentukan.
"Saya pun tidak mempunyai masalah apa-apa dengan mereka mahupun sesiapa," katanya dengan nada tenang.
Walau bagaimanapun, Jaafar mengakui berasa risau mengenai perkara itu tetapi tidak sehingga mengganggu kehidupan dan rutin hariannya.
"Buat masa ini tidak terfikir untuk membuat laporan polis atau apa-apa tindakan.
"Saya masih bekerja seperti biasa. Terpulang pada mereka yang melakukan itu dan saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan sesiapa," katanya.
Jaafar cukup dikenali menerusi sitkom popular era 90-an berjudul Cili Padi dan juga merupakan seorang pengacara dan penyanyi. Kini, dia bertugas sebagai juruhebah di radio KopStar.FM setiap Isnin hingga Khamis, dari jam 10 pagi sehingga 2 petang dan Jumaat, 10 pagi sehingga 12 tengahari.
Merujuk klip video yang di muat naik di laman Facebook, Friend of BN - Barisan Nasional menunjukkan tiga lelaki lengkap berpakaian serba hitam dan bertopeng sambil memengang foto wajah Jaafar Onn menyatakan ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan meletupkan keretanya.
Video tersebut dipercayai bertujuan menakutkan agensi kerajaan agar tidak melakukan penipuan dalam sistem demokrasi negara.
Sehingga kini klip video berkenaan mendapat perkongsian lebih 1,600 pengikut laman sosial berkenaan.

-mD

1 comment:

Anonymous said...

TANIAH DAN SYABAS KEPADA ANAK MUDA YANG BERANI INI.BUKAN SAJA KP POLIS YANG PATUT DIAMBIL TINDAKAN KAKITANGAN KERAJAN YANG BERSANGKUT DALAM HAL INI PUN RAMAI.TETAPI KEPALANYE IALAH SEMUA PEMINPIN BN HARUS DIHAPUSKAN.PEMINPIN INILAH PEROSAK PENGKHIANAT NEGARA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive