Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 3:14 PM
(Ubah saiz teks)
"Kempen 'Reward MH370' dilancarkan di laman web mengumpul dana, Indiegogo pada pukul 8 malam Ahad dan mensasarkan kutipan sekurang-kurangnya AS$5 juta 'untuk menggalakkan pemberi maklumat tampil dengan maklumat," kata keluarga penumpang terbabit dalam satu kenyataan.
Pesawat MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang hilang dari radar pada 8 Mac lalu.Pesawat Boeing 777 itu dipercayai berakhir di Lautan Hindi tetapi operasi mencari dan menjejaki kapal terbang itu terus menemui jalan buntu apabila tiada serpihan ditemui.
"Kami yakin bahawa di suatu tempat, seseorang mengetahui sesuatu dan kami berharap ganjaran ini akan menariknya untuk tampil dengan maklumat," kata Ethan Hunt, ketua syarikat teknologi yang mengetuai projek 'Reward MH370'.
Sarah Bajc, teman wanita, penumpang warga Amerika, Philip Wood berkata, kesemua keluarga penumpang terlibat menyokong kempen tersebut bagi merungkai misteri kehilangan pesawat itu.
"Kerajaan dan agensi telah memberikan yang terbaik tetapi gagal menemui sebarang bukti. Saya yakin bahawa ada pihak yang sedang menyembunyikan sesuatu," katanya.
Malaysia dan Australia yang mengetuai operasi pencarian itu berjanji akan terus mengesan pesawat tersebut. - mStar
No comments:
Post a Comment