Showing posts with label SOLAT HAJAT. Show all posts
Showing posts with label SOLAT HAJAT. Show all posts

17 May 2014

Wanita Solat Atas Jejambat Berhampiran DBP Tarik Perhatian



Diterbitkan: Sabtu, 17 Mei 2014 8:59 PM


Gambar yang dikongsi di laman sosial menunjukkan seorang anggota polis trafik sedang mengawal lalu lintas di lokasi wanita warga Indonesia menunaikan solat di atas jejambat berhampiran bangunan DBP, Kuala Lumpur.
PETALING JAYA: Mendakwa mendapat 'hidayah' untuk berubah, seorang wanita warga Indonesia mencetuskan tanda tanya apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran di atas jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.

27 March 2014

1000 hadiri bacaan Yasin,tahlil dan Solat Hajat di Masjid Negara

Teks dan foto oleh Rizanizam Abdul Hamid
Kuala Lumpur: Kira-kira 1,000 umat Islam menghadiri majlis bacaan Yasin, tahlil dan solat hajat anjuran Jabatan Perdana Menteri di Masjid Negara di sini, sebentar tadi.
Majlis yang bermula selepas solat Maghrib itu diadakan bagi memohon petunjuk Allah agar penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 12 kru menaiki pesawat Boeing 777-200ER segera ditemui. 
Ia susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Isnin lalu penerbangan itu disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi, selepas 17 hari kehilangan pesawat berkenaan. 

Jemaah dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Ismail Muhammad.
Foto
JEMAAH dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Ismail Muhammad.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha.Teks dan foto oleh Rizanizam Abdul Hamid

10 January 2011

Pelakon, penulis lirik terkenal di solat hajat malam tadi

Bob Lokman, nama yang tidak asing lagi di persada hiburan tanah air, terutama dalam penulisan lirik lagu - antaranya Isabella, malam tadi telah bersama-sama ribuan rakyat Selangor menyertai Solat Hajat yang telah diadakan di Stadium Melawati Shah Alam.
Kalau dilihat pada penampilan Bob malam tadi, dia ternyata telah berubah. Padahal pada malam tadi juga ramai rakan-rakan artisnya bersama TV3suku dalam satu acara tahunan - Anugerah Juara Lagu, tapi ternyata Bob lebih berminat untuk sama-sama rakyat Selangor menyertai program solat hajat anjuran PAS Pusat ini.

Tahniah Bob!

Dilaporkan sekitar 30 ribu rakyat Selangor telah menyertai solat hajat malam tadi

Bob bersama YB Mahfuz selepas program tersebut

Bob sedang asyik mendengar ceramah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive