Showing posts with label ISRAEL. Show all posts
Showing posts with label ISRAEL. Show all posts

16 August 2013

Suria KLCC di Sem Gaza. Tentera Israel mohon maaf

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
AUGUST 16, 2013
LATEST UPDATE: AUGUST 16, 2013 07:37 PM
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memohon maaf atas kesalahan menerbitkan gambar sebuah pusat membeli belah di Malaysia, Suria KLCC di blog milik mereka www.idfblog.com  dengan meletakkan keterangan lokasinya di Semenanjung Gaza.
IDF menjelaskan keterangan gambar berkenaan yang disiarkan oleh sebuah blog berbahasa Inggeris merupakan satu kesilapan dan telah menggeluarkan gambar berkenaan.
Blog yang menyerupai risalah pelancongan itu bertujuan memberi gambaran Gaza tidak berhadapan dengan krisis kemanusiaan.
“Apa jua yang anda dengar di media, Gaza bukanlah sebuah penjara terbuka,” jelas blog tersebut.
Kiriman blog berkenaan menggambarkan sebuah pusat membeli belah, imej hotel mewah, penduduk Gaza bermain di tepi pantai dan menikmati suasana malam.
Lokasi sebenar pusat beli belah itu didedahkan oleh portal Intifada di pusat membeli belah terkenal Malaysia di Suria KLCC.
Perkara ini didedahkan oleh sebuah portal berita Israel Haaretz, yang memetik kenyataan jurucakap IDF memohon maaf melalui akaun Twitter atas kesalahan gambar dan keterangan.
“Apabila kesilapan itu diketahui, gambar tersebut segera dikeluarkan. Kiriman itu mempunyai 17 gambar lain yang tepat tentang keadaan di Gaza," katanya.
Jurucakap itu berkata ini bukan pertama kali gambar yang salah mengenai Gaza.
Semasa operasi pertahanan, media Palestin turut tersilap menyiarkan gambar yang didakwa diambil di Gaza.
Satu kes melibatkan satu gambar kanak-kanak yang terkorban diterbitkan oleh Briged Izz ad-Din al-Qasam, sayap tentera Hamas. Kemudian tentera Israel membuktikan gambar itu diambil di Syria beberapa minggu awal. 

24 February 2012

Isu Israel: Pemuda Umno Adakan Demonstrasi Di Pejabat PKR Bantah Kenyataan Anwar

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Pemuda Umno pada Jumaat mengadakan demonstrasi aman di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat bagi membantah kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sokongan terhadap keselamatan negara Israel.
Kumpulan yang diketuai Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid itu turut menyerahkan memorandum berhubung isu berkenaan kepada wakil PKR.
"Kami menyerahkan memorandum ini sebagai bantahan kepada kenyataan Anwar yang menyokong Israel.
"Kami amat kecewa dengan sokongan seorang pemimpin Islam terhadap pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa," katanya di sini.

21 February 2012

Kapal Isreal : Kerajaan Najib lukakan hati umat Islam

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Tindakan Kerajaan BN yang sanggup menjalinkan hubungan dagang dengan Israel benar-benar melukakan hati majoriti rakyat negara ini terutama yang beragama Islam.

Kehadiran dua buah kapal dagang milik rejim Israel, Zim Atlantic dan Zim USA ke Westport, Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu benar-benar mengejutkan seluruh rakyat negara ini sehingga memperlihatkan wajah sebenar Umno BN di mata orang ramai.

Dewan Ulama PAS Pusat sehubungan itu menuntut Kerajaan Malaysia segera membuat penjelasan mengenai kedudukan sebenar perkara itu kepada rakyat.

Setiausahanya, Dr Khairuddin Aman Razali berkata, umat Islam yang cintakan akhirat sewajarnya tidak menjalin sebarang bentuk kerjasama dan perhubungan sosial atau ekonomi dengan mereka yang melakukan kezaliman sama ada kezaliman itu dilakukan oleh orang Islam sendiri atau bukan Islam.

20 February 2012

Bekas imam desak Najib batal hubungan dagang Malaysia-Israel

(Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR: Bekas imam, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatal serta-merta sebarang bentuk hubungan dagang Malaysia dengan Israel.

“Selagi hubungan dagang ini berterusan, selagi itulah nyawa rakyat Palestin terancam. Setiap sen keuntungan syarikat Israel itu akan diguna untuk membeli senjata bagi membunuh rakyat Palestin,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.

Beliau mengulas pendedahan hubungan dagang syarikat tempatan melibatkan minyak sawit Malaysia dengan Israel. Selain itu, dua kapal Israel – Zim Atlantik dan Zim USA berlabuh di Pelabuhan Klang 16 Februari lalu.
Malaysia menduduki tangga ke-15 sebagai ‘The Major Trade Partner 2010′’ (rakan dagang utama) dengan Israel, mengikut sebuah laman sesawang Kesatuan Eropah (EU).

14 February 2012

Isu Israel : Najib patut cermin diri - Nik Nazmi

Oleh: Norutul Ilham)


KUALA LUMPUR 14 Feb: Jika sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu takut apabila pembangkang membangkitkan isu hubungan Malaysia- Israel menerusi khidmat Apco Worldwide, kini beliau cuba berlagak hero menyatakan pendiriannya yang anti Israel.


Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Najib seolah lupa bahawa kerajaan pernah membayar RM77 setahun bagi mengguna pakai khidmat firma Israel tersebut.


Kerajaan juga katanya, mengupah FBC Media sebanyak ......

TGNA gesa DSAI tarik balik kenyataan sokong Israel

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya sebelum ini yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel.

Malah Ketua Pembangkang itu turut digesa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal (WSJ) bagi membersihkan namanya.

"Saya selaku Mursyidul Am PAS dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di WSJ.

15 June 2010

Lagi Najib tipu rakyat 1Malaysia


Apabila kapal Mavi Marmara, kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang disertai oleh rakyat Malaysia diserang dan ditawan Israel pada 31 Mei lalu, seluruh dunia mengutuk tindakan tersebut, termasuk Malaysia.

Perarakan bantahan oleh rakyat di adakan seluruh negara dan seluruh dunia. Semua tidak dapat menerima akan tindakan Isreal menahan dan menawan kapal misi bantuan tersebut. Malahan ianya dilakukan di perairan antarabangsa yang sepatutnya Israel tiada hak langsung terhadap tindakan tersebut.

Tapi kerana Amerika berada dibelakangnya, Israel tidak ambil peduli dengan kemarahan antarabangsa. Sehingga ke hari ini tidak ada tindakan konkrit yang di ambil selain mengutuk, itu lah saja.

Malaysia melalui PM nya Najib Razak membawa usul tersebut ke Parlimen. Najib seperti biasa berapi-rapi mengutuk Israel dalam usulnya. Akhirnya usul diluluskan sebulat suara untuk mengutuk Israel. Hebat sungguh Malaysia yang diketui Najib, sanggup dan berani mengutuk Israel. Satu-satu nya negara di dunia yang paling samseng.

Dalam kita masih memperkatakan tentang kezaliman Israel, kajahatan yang dilakukannya, kutukan yang dilemparkan oleh seluruh dunia, tiba-tiba kapal dagang Israel dibenarkan berlabuh di Malaysia Isnin lalu? Walhal Malaysia tidak ada apa-apa hubungan diplomatik pun dengan Israel ... Ramai rakyat tak percaya ... tapi itu lah realitinaya ... dan itu lah 1Malaysia Apco. yang di ketui Najib Razak ...

Yang menariknya, Sweden sebuah negara kafir, sanggup tidak membenarkan kapal Israel berlabuh di pelabuhannya ... tapi Malaysia BOLEH ... kah kah kah

Aku petik sedikit apa yang dikatakan oleh Tukar Tiub di sini

KAH KAH KAH…

woit…. INI KAUM BURUH DI NEGARA KAPIR LAKNAT… kah kah kah…

kah kah kah… WARGA NEGARA INI MAKAN BABI TAK SEMBELIH …. kah kah kah..

kah kah kah…. TAK SEMBAHYANG… TAK PERCAYA TUHAN…. BERZINA ...kah kah kah..

kah kah kah…. TAPI DALAM HAL KEADILAN SESAMA MANUSIA MEREKA LEBIH JUJUR DARI WARGA NEGARA ISLAM…. kah kah..

kah kah kah… WARGA NEGARA ISLAM BERBUIH BUIH MULUT SEMBAHYANG… kah kah kah…

kah kah kah... HITAM LEGAM KENING ... KERANA SUJUD... kah kah kah

kah kah kah…. TAPI TAK ADA APA APA….NATO .. NO ACTION TALK ONLY…kah kah kah…

kah kah kah ...TADO …. TALK AND DOA ONLY…. kah kah kah

baca ini:

KAPAL ISRAEL DI PERLABUHAN KLANG TANDA NAJIB CINTA APCO


06 June 2010

TERKINI : 6 WARGA MALAYSIA ATAS RACHEL CORRIE DIBEBAS 5.20 PTG

NEWS FLASH: Six M'sian Activists On Board Rachel Corrie Released

Six Malaysian peace activists on board the seized MV Rachel Corrie were released by Israel at the Israel-Jordan border at about 5.20pm Malaysian time today.

The Malaysian volunteers on the humanitarian aid vessel to Gaza consisted of Member of Parliament for Parit Mohd Nizar Zakaria, Perdana Global Peace Organisation members Shamsul Akmar, Matthias Chang and Ahmad Faizal Azumu, as well as two members of the press, Halim Mohamed and Mohd Jufri Judin from private television station TV3 - malaysian digest

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive