14 February 2012

Isu Israel : Najib patut cermin diri - Nik Nazmi

Oleh: Norutul Ilham)


KUALA LUMPUR 14 Feb: Jika sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu takut apabila pembangkang membangkitkan isu hubungan Malaysia- Israel menerusi khidmat Apco Worldwide, kini beliau cuba berlagak hero menyatakan pendiriannya yang anti Israel.


Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Najib seolah lupa bahawa kerajaan pernah membayar RM77 setahun bagi mengguna pakai khidmat firma Israel tersebut.


Kerajaan juga katanya, mengupah FBC Media sebanyak ......
19.6 juta euro (RM84 juta) untuk memperbaiki imej Najib di peringkat antarabangsa.


“Isunya di sini, Najib perlu cermin diri dulu sebelum mengeluarkan kenyataan, beliau perlu sedar apa yang dicakapnya.

“Ini adalah satu sikap Najib yang memangnya hipokrit terutamanya ketika mahu ‘membersihkan’ dririnya daripada dakwaan mempunyai hubungan dengan Israel,” katanya kepada Keadilandaily.

Beliau mengulas kenyataan Najib hari ini kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan berbeza berhubung isu Palestin- Israel.

“Kalau bercakap soal Israel ini, Najib sepatutnya sedar, kerajaan beliau yang gunakan khidmat Apco, bukan kerajaan Pakatan Rakyat.

“Apabila Najib bercakap, seperti tempiasnya terkena diri sendiri,” ujarnya yang juga Adun Seri Setia.

Sebelum ini, pentadbiran Najib membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, untuk tujuan perundingan komunikasi selain mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang didakwa meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun lalu menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat hampir setengah tahun.

Najib juga sebelum ini mengaku di Parlimen bahawa kerajaan mengguna khidmat FBC Media- yang menyokong serangan tentera Israel terhadap konvoi misi bantuan ke Palestin- antara 2007 dan 2010.

Antara lain, dokumentari yang diterbitkan untuk siaran Perbadanan Penyiaran British (BBC) itu bagi memberikan gambaran yang positif mengenai industri kelapa sawit Malaysia dan layanan istimewa terhadap orang asli di negara ini.

BBC baru-baru ini memohon maaf kerana menyiarkan program yang ditaja itu kerana jelas melanggar peraturan editorial, termasuk lapan programnya yang memaparkan tentang Malaysia.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26584

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive