18 February 2011

DUN Pelabuhan Klang tidak kosong - Mahkamah

SHAH ALAM, 18 Feb — Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang tidak kosong dan Badrul Hisham Abdullah masih kekal sebagai wakil rakyatnya.

Peguam Badrul Hisham, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berhujah bahawa Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim telah silap apabila mengambil kira tempoh enam bulan bermula dari Julai sedangkan tiada sidang ketika itu.

Firoz Hussein berkata, Teng seharusnya mengambil kira tempoh enam bulan bermula 8 November lalu, yang merupakan sidang kali pertama Badrul Hisham tidak hadir.

Badrul Hisham (gambar) pula berkata, keputusan hari ini adalah tepat memandangkan pengundi kawasannya mempunyai hak untuk memilih wakil rakyat yang boleh berkhidmat kepada mereka.

“Kemenangan saya adalah kemenangan buat rakyat Pelabuhan Klang,” kata beliau kepada pemberita. -seterusnya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive