13 February 2011

Itu fitnah orang gila - Azmin

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menafikan dakwaan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bahawa parti itu sedang merancang satu komplot supaya Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh melarikan diri ke luar negara dan memperoleh suaka politik.

Semalam, Perkasa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Dang Wangi mendakwa mempunyai maklumat bahawa Anwar sedang mengatur rancangan termasuk cubaan membangkitkan kemarahan rakyat ‘ala Mesir’ sekaligus dapat mengelakkan daripada menghadiri prosoding tuduhan Liwat II yang sedang dihadapinya.

Ketua Wira Perkasa Armand Azha Abu Hanifah mendakwa rancangan itu dibincangkan semasa satu perjumpaan pemimpin PKR di ibu pejabat PKR pada 2 Febuari lalu.

“Anwar akan meniru cara bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan (civil disobedience) seperti rusuhan ‘Baju Merah’ di Bangkok,” kata Armand semalam.

Sehingga hari ini, Anwar masih dalam lawatannya ke Amerika Syarikat dan dijangka pulang ke tanah air esok.

Mengulas laporan polis itu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata PKR tidak pernah membincangkan isu sedemikian dan mendakwa ia hanya sebagai satu lagi fitnah yang ditaburkan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat (PR).

“Itu hak mereka untuk buat laporan polis. Ini fitnah orang hilang akal termasuk menggelarkan Anwar sebagai pengganas dan ejen Yahudi namun sampai sekarang tiada bukti kukuh.

“PR nak maju kehadapan untuk fikir cara nak selamatkan ekonomi ekonomi dan membincangkan soal prinsip.

“Jadi saya tak perlu nak jawab isu remeh dan beri perhatian kepada Umno kerana kita tahu rakyat tidak mahu lagi dengar fitnah dan kerja kotor yang dibawa Umno,” katanya ketika merasmikan Seminar Pembangunan Semula Pemikiran Islam Melayu anjuran Yayasan Selangor dan Institut Kajian Dasar (IKD) di sini hari ini. -seterusnya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive