13 February 2011

PRK Merlimau : hahaha mai tengok "mee segera" dah sampai ...

STONE : Sebenarnya projek memperbaiki jalan di sini dah lama diluluskan, KEBETULAN SAJA YB DI SINI MENINGGAL ... hahahaha macam tu la kot Muhyiddin atau Ali Rustam akan kencing penduduk Merlimau nanti ... ni la kerja-kerja HARAMJADAH dari puak-puak NajibUMNOapcoharamjadah ...

MELAKA: Projek ‘mee segera’ yang giat dijalankan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau adalah satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, kata Presiden Malaysia Untuk Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh.

Merujuk kepada pilihan raya kecil 6 Mac depan, beliau berkata, tindakan Barisan Nasional (BN) mengadakan ‘projek mee segera’ adalah kempen politik atas nama pembangunan fizikal dan infrastruktur.

“Jika benar wujud elemen ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil tindakan tegas. Selepas beberapa kali pilihan raya kecil (PRK), begitu banyak aduan dan SPR perlu bersikap adil,” katanya.

“Begitu juga di Merlimau, apabila kita dengar aduan ada pihak menggunakan sekolah sebagai tempat berkempen. Ini membuktikan SPR bersikap berat sebelah.

“Jika ada kakitangan kerajaan dibenar menyertai kempen untuk pihak tertentu, maka semua pihak termasuk guru harus dibenar turut serta berkempen,” katanya kepada KeadilanDaily.com.

Syed Ibrahim berkata, SPR harus menjadikan pilihan raya kecil sebagai medan untuk menguji kaedah baru bagi tujuan perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil.

“Dalam masa terdekat, ada dua pilihan raya kecil iaitu Merlimau dan Kerdau. Jadi, ini masanya SPR memprakti, antaranya penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar pemilih dan penggunaan kod hologram pada peti undi.

“Selain tujuan keselamatan, ia adalah proses penambahbaikan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada SPR. Banyak negara dunia ketiga sudah pelakukan perkara sama,” katanya

1 comment:

Panglima7 said...

Alhamdulillah. Terima Kasih tuan. Kerana linkkan blog hamba di blog tuan.
Salam Ukhuwah dan Perjuangan dari hamba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive