24 March 2011

Video sex : Yusry KRU terlibat

by Kusha Basir

Petaling Jaya: Salah seorang anggota kumpulan ‘Datuk T’ yang bertanggungjawab membuat pendedahan tentang video seks yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan bahawa kebenaran akan terbukti.

Datuk Shuib Lazim berkata kepada sebuah media tempatan bahawa pihaknya telah meminta pendapat penyanyi, pelakon dan penerbit filem terkenal, Yusri Kru berhubung kebenaran rakaman video seks berkenaan.

"Kami telah bertanyakan perkara ini kepada penerbit filem iaitu Yusri daripada KRU Studio dan beliau menjelaskan bahawa adalah tidak mungkin untuk melakukan teknik superimpose wajah seseorang dalam sebuah video dalam keadaan bergerak.

"Tambahan pula, video itu dirakam daripada empat sudut yang berbeza, justeru mustahil bagi seseorang untuk menjalankan teknik superimpose ke atas wajah orang lain.

Beliau turut menyatakan bahawa Yusri adalah seorang pakar dalam pembikinan filem berteknologi tinggi.

Shuib yang juga bendahari Perkasa memberitahu bahawa Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali akan mengetuai sebuah panel untuk menyiasat kesahihan rakaman berkenaan.

"Kami tidak akan memberikan rakaman berkenaan kepada Kerajaan atau polis kerana kami tidak mahu konspirasi Anwar menangis," tambahnya.

Sementara itu, Ibrahim mengulas bahawa Shuib terlibat berhubung pendedahan tersebut adalah dengan dalam kapasiti peribadinya sendiri.

"Perkasa tidak terlibat dalam hal ini. Namun saya memuji kumpulan ‘Datuk T’ kerana berani untuk mendedahkan video ini.

“Ini juga merupakan satu-satunya cara bagi mereka untukmendedahkan salah laku individu yang terlibat.

Sementara itu, Ibrahim turut mengesahkan bahawa Shuib tidak menghadiri mesyuarat Perkasa sejak enam bulan lalu kerana masalah kesihatan.

Beliau turut menyatakan bahawa tidak mempunyai sebarang masalah jika polis mahu mengambil tindakan terhadap Shuib sekiranya pendedahan video itu didapati melanggar undang-undang. - malaysiandigest

STONE : Datuk yang bangang, Shuaib Lazim. Ada sapa kata video tu dah disuperimpose kan ker? Setakat ni aku tak dengar lagi la, tak tau la pula kalau aku terlepas pandang.

Orang tak kata pun video tu dah di superimpos kan, apa yang orang kata hanyalah satu. Pelakon lelaki dalam video tersebut BUKAN DSAI ... itu saja. hang faham dah la kot Shuaib ya.

1 comment:

tamby kecik a/l tamby besar said...

6 bulan tak mai meeting tu bukan masaalah kesihatan le tu agaknya tapi pi uruskan konspirasi terancang...wakakah....nanti klu ada video yg muka pelakon mcm muka sapie apdel....wahhhh....sapei afdel ke tuuuuu.....klu tak pandai takpe....tapi jgn le jadi org bangang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive