05 June 2011

Anwarisme tentukan hala tuju PAS ... Anwariyyun ... PAS berpecah ... antara kata-kata dari akhbar pencacai Umno

Mat Sabu pecah dominasi ulama jawatan nombor dua

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik berpendapat kemenangan kumpulan yang dulu dikenali sebagai Erdogan dan kini dinamakan Anwariyyun dengan mengetepikan kumpulan ulama pada pemilihan parti PAS semalam, sebagai strategi terbaru parti meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Mereka juga berpendapat kemenangan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekali gus memecah tradisi bukan ulama memegang jawatan nombor dua dalam parti bagi tempoh 20 tahun, sebagai tanda perpecahan dalaman parti itu dalam usaha PAS mengubah haluan perjuangannya daripada menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan bagi menyesuaikan diri dengan perjuangan rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berpendapat kemenangan Mat Sabu dan Datuk Husam Musa bagi jawatan Naib Presiden jelas menunjukkan perwakilan menolak kumpulan ulama dan semangat Anwarisme sudah mulai masuk dalam parti itu.

“Seperti dijangka, berdasarkan jumlah pencalonan diterima calon Timbalan Presiden, kehadiran Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hanya menyebabkan undi untuk ulama terpecah dua - satu untuk Nasaruddin Mat Isa dan satu untuk beliau sendiri, hasilnya kemenangan berpihak kepada Mat Sabu.

“Apabila kita gabungkan undi untuk Nasaruddin dan Tuan Ibrahim, jelas ia lebih besar daripada undi diperoleh Mat Sabu. Dari segi teknikal, mungkin kehadiran Tuan Ibrahim dilihat sebagai ‘kacau daun’ menyebabkan sokongan beralih kepada Mat Sabu yang dilabelkan kumpulan Anwariyyun,” katanya.

Panel Penyelidik Pusat kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), Universiti Malaya (UM), Noor Sulastry Yurni Ahmad pula berkata, kemenangan kelompok bukan ulama berkait rapat dengan aspirasi baru yang cuba dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti disuarakan dalam ucapan dasarnya, kelmarin.
“Saya percaya kemenangan Mat Sabu kerana undi untuk golongan ulama yang diwakili Tuan Ibrahim dan Nasaruddin pecah dua,” katanya.

Beliau percaya kemungkinan kemenangan itu dipengaruhi perwakilan yang kebanyakannya orang muda, lebih terbuka dan profesional - BH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive