12 August 2011

Kes liwat DSAI : Awat Najib Rosmah penakut sangat, kut lain hampa pandai

Najib, Rosmah Tolak Ditemu Bual Jadi Saksi Kes Liwat Anwar
Oleh REENA RAJ

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memaklumkan kepada pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Imrahim bahawa mereka menolak untuk ditemu bual atau saksi dalam kes liwat, menurut ketua pasukan peguam Karpal Singh pada Jumaat.

Najib dan Rosmah tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada pukul 2.55 petang untuk bertemu pasukan pembelaan berkenaan iaitu Karpal, S.N. Nair dan Datuk Param Cumaraswamy sebelum meninggalkan kompleks terbabit setengah jam kemudian.

Saksi-saki lain yangmuncul ialah bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan pelilik kondominium Hasanuddin Abd Hamid dan isteri, Noor Sham Abdul Hamid.

Karpal bercakap kepada pemberita pada pukul 5.40 petang selepas menemubual mereka.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Sri Rosmah Mansor, Musa, Rodwan dan 11 orang lagi.

Hakim turut menetapkan 15 hingga 26 Ogos bagi kes pembelaan. Pada mulanya mahkamah menetapkan 8 hingga 26 Ogos dengan Anwar dijadual sebagai saksi pertama memberi keterangan.

Di akhir kes mereka, pendakwaan menawarkan 71 saksi, termasuk Najib dan Rosmah. Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual hanya 25 orang dan setakat ini, hanya lima orang yang telah pun ditemu bual.

Mereka ialah bekas ratu pecut negara, Datuk Mumtaz Jaafar, Dr Mohd Osman Abd Hamid, yang sebelum ini bertugas di Pusrawi, adik perempuan bongsu Mohd Saiful Bukhari Azlan iaitu Saidaiti Azlan, seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai Dr Daniel, dan Khairil Anaz Yusof, pembantu khas Najib ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun yang sama. - mStar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive