21 August 2011

SANTAI PETANG : Cerita artis bertindik lidah ...

Erin Malik: “Saya Mengaku Salah Bertindik, Tapi Janganlah Menghukum”

Kini timbul pula kontroversi mengenai pelakon muda, Erin Malik, 17 yang secara terbuka menunjukkan tindik pada bahagian lidah di sebuah rancangan televisyen swasta, baru-baru ini. Ekoran daripada pendedahan itu, ramai pihak yang mula menghukum serta melemparkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap Erin Malik. Ada yang mendakwa Erin Malik merupakan gadis yang amat sosial, malah tak kurang juga yang melabelkan pelakon muda ini sebagai “rosak”.

Walau bagaimanapun, pertemuan Erin Malik bersama OHBULAN! di pelancaran program raya TV3 & TV9 di One Utama, Damansara, tengah hari tadi secara langsung membuka isi hati yang selama ini terbuku dalam diri pelakon remaja ini. Ikuti temubualnya selepas ini.

“Ada orang cakap I jadi macam ni kerana bapa I kahwin lain, ada yang mendakwa I jenis sosial & bermacam lagi yang dilemparkan kepada I. I mengaku buat salah kerana bertindik di lidah, I mengaku adakalanya diri ini memang nakal, suka memberontak & sebagainya. Tetapi, I bukan jenis sosial.

“I jenis yang buat salah sekejap je, lepas tu insaf balik. Sebagai remaja, ada perkara yang dilakukan oleh I merupakan benda yang tidak dirancang. Kejap nak buat itu, kejap nak buat ini. Keluarga juga tau apa yang I lakukan, mereka tetap menegur I. Cuma, ada masanya apabila I geram, I akan rebel,” kata Erin Malik dalam nada serius.

“Walau bagaimanapun, Erin akan tanggalkan tindik ini apabila terlibat dengan lakonan,” jelas Erin Malik mengenai tahap profesional sebagai pelakon.

Erin Malik memaklumkan bahawa dia bersikap positif terhadap apa sahaja dakwaan dan hinaan yang dilemparkan oleh orang ramai terhadap dirinya.

“Erin tak marah, mungkin daripada luar orang nampak Erin ni jahat. Tapi, Erin minta kepada mereka yang tidak mengenali diri ini secara peribadi, supaya jangan cepat menjatuhkan hukuman kepada Erin. Kepada sesiapa yang salah faham, anda boleh dapatkan penjelasan penuh daripada Erin seperti dipaparkan dalam rancangan tv berkenaan,” kata Erin Malik yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun ini.

STONE : Aku memang menyampah sangat bila jumpa orang bertidik ni. Aku tak tau tang mana yang syok sangat depa pi tindik ni. Ada kat hidung la, lidah la dan ada juga yang kat pusat ..... lepas tu pakai la tshirt pendek sebab nak tunjuk pusat yang ditindik tu .... alahai mmg memyampah

2 comments:

ISA said...

Salam bro;

Cuba tanya minah ni..., kat biji V tu tak nak tindik ke... hahaha...

Stone525i said...

Salam Isa,

Kalau puak2 ni kemungkinan tu ada Isa depa nak bertindik kat situ .... hahaha. Tp mmg betul gua mmg nyampah bila berhadapan dgn org bertindik ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive