22 August 2011

Azmil Mustapha akan ambil tindakan

KUALA LUMPUR: Penceramah bebas, Azmil Mustapha atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’ akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduhnya menyampaikan ceramah menghasut penduduk supaya membenci kerajaan di Masjid An Nur, Subang dekat sini, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan meneliti laporan polis yang dibuat terhadapnya terlebih dulu sebelum mengambil tindakan undang-undang dan mendakwa tidak mengetahui apa punca sebenar laporan dibuat terhadapnya. Azmil yang juga seorang pelakon filem sebelum ini berkata, sehingga kini beliau belum dipanggil mana-mana pihak termasuk polis dan juga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk disoal siasat. “Mereka tidak bertanyakan saya tetapi terus menuduh, apa yang saya lihat berdasarkan kepada laporan akhbar banyak perkara tidak tepat dan tidak seperti apa didedahkan.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap semua pihak yang membuat tuduhan tanpa usul periksa terhadap saya termasuk akhbar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. - BH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive