03 December 2011

Najib, Kerajaan Malaysia disaman

KUALA LUMPUR ― PAS hari ini memfailkan saman ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan pusat ekoran tindakan menggubal Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat, Selasa lalu.

Saman difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan ahli jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Hatta dan Dzulkefly merupakan Ahli Parlimen.

Menurut Mohamad, tindakan saman itu difailkan menerusi syarikat guaman Hanipa Maidin & Co dengan menamakan Najib sebagai responden pertama dan kerajaan Malaysia responden kedua.

Mohamad menambah saman difailkan bagi mendapatkan semakan kehakiman terhadap rang undang-undang tersebut.

Permohonan hari ini juga mahukan tiga perintah dari mahkamah, lapor Harakahdaily.

Pertamanya, perintah deklarasi bahawa responden-responden telah bertindak melebihi kuasa mereka dan telah menyalahgunakan kuasa mereka apabila menggubal rang undang itu bagi menjadikannya sebagai undang-undang atau akta, meskipun bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) dan 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan.
Perintah kedua, menurut beliau, bagi melarang responden-responden daripada terus bertindak melebihi kuasa mereka dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan melarang responden-responden meneruskan segala proses bagi menjadikan rang undang-undang itu sebagai akta yang boleh dikuatkuasakan.
“Ketiga, secara alternatif, perintah mandamus bagi memaksa responden-responden mengambil langkah-langkah yang perlu dan wajar untuk sama ada menarik balik semula rang undang-undang itu atau membuat pindaan-pindaan yang perlu agar selaras dengan peruntikan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

PAS pun nak pakai duit jugak PRU13 dah dekat ni...silap silap PAS pulak kena saman tinggal hamPAS aja Insyallah Allah SWT akan kabulkan.

Anonymous said...

Mau saman umno tarak hal lah.. wang banyak maa.. bayar pun bukan wa punya gaji.. royalti minyak wa simpan maa saman la saman la.. wa tarak hal ini PRU13 lu angkat suma.. angkat la

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive