10 February 2012

"Raja Petra Bersekongkol Dengan BN"

by Aidil Syukri   
.PETALING JAYA, 10 FEBRUARI, 2012: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafiei hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin berkaitan dengan perbuatan salah guna kuasa dan rasuah di Selangor.

Shuhaimi yang merujuk kepada penulisan Raja Petra di laman webnya ‘Malaysia Today’ bertajuk “The Selangor Sand Mining Scandal” berkata terdapat benyak kesalahan fakta yang telah dilakukan Raja Petra yang disifatkannya berniat jahat.

Katanya, terdapat beberapa fakta di dalam artikel tersebut yang diputarbelitkan untuk ...........
memberi gambaran yang beliau dan ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari terbabit dengan salah laku rasuah.

"Di dalam artikelnya Raja Petra menuduh saya dan Amiruddin terlibat dengan sebuah syarikat bernama Double Dignity (M) Sdn Bhd dengan tujuan mendapatkan kerja-kerja membersihkan pasir dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) secara tidak sah.

"Beliau juga menuduh kami sebagai ahli politik yang menerima rasuah dan dalang kepada aktiviti kecurian pasir yang berlaku di Selangor," kata Shuhaimi.

Menurut Shuhaimi, beliau telah dijemput untuk menganggotai Lembaga Pengarah Double Dignity pada Mei 2009 dengan menerima elaun bulanan sebanyak RM5000.

 Katanya, sejak beliau menyertai syarikat itu, beliau hanya menerima enam kali bayaran elaun bulanannya iaitu dari bulan Jun hingga Disember 2009 manakala Amiruddin menerima tiga kali iaitu dari Oktober hingga Disember 2009.

“Gambaran yang cuba diberikan oleh Raja Petra seolah-olah perlantikan saya ke Lembaga Pengarah adalah sebagai balasan untuk mendapatkan kontrak pembersihan pasir dari KSSB adalah tidak tepat kerana nyata perlantikan saya telah dibuat lebih awal dari tarikh yang dinyatakan beliau,” kata Shuhaimi.

"Beliau (Raja Petra) menulis artikel tersebut dengan niat jahat untuk memberi gambaran buruk sedangkan realitinya nyata berbeza.

“Saya yakin beliau kini bersekongkol dengan anasir-anasir Barisan Nasional (BN) yang cuba mengalihkan perhatian rakyat dari skandal NFC yang semakin memuncak dengan niat untuk menimbulkan keraguan dan ketidakakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

Selain itu, Shuhaimi turut menjelaskan yang kes tersebut telah disiasat sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sehingga kini tidak ada sebarang tindakan lanjut.

"Kami mencabar BN dan Raja Petra untuk menyenaraikan semua keputusan yang telah dipengaruhi termasuklah kawasan-kawasan balak, pasir dan tanah yang telah diluluskan untuk kepentingan peribadi kami jika benar kami telah menyalahgunakan kuasa kami,” katanya.

Tambah beliau, setiap tuduhan yang dibuat mesti mempunyai bukti yang kukuh seperti apa yang dibawa oleh PKR seperti dalam kes NFC.

Jika tidak, beliau berkata ia adalah hanya satu lagi fitnah bersiri untuk menggoyangkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat. - MD

2 comments:

Anonymous said...

istyhar le harta buatmacam mp dan adun penang buat baru selesai awat elaun wakil rakyat tak cukup ka

Mohar Yahya said...

Salam...cpj mintak maaf kerana link blog ini terhilang drpd blog cpj.Sekarang telah dipautkan semula...tq.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive