29 February 2012

[Video] : Ditembak ketika tunggu anak

PETALING JAYA: “Saya tidak menyangka kereta yang dilihat dua kali terbabit kemalangan dalam tempoh 10 minit itu disebabkan pemandunya cedera parah terkena tembakan dan dia berusaha mendapatkan bantuan sebelum kenderaan itu tersadai di depan sebuah rumah,” kata saksi terawal tiba di tempat kejadian kes tembak di Jalan Gasing, Seksyen 9, di sini, semalam.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Albert, 38, berkata, dia sedang dalam perjalanan menghantar anaknya ke Sekolah Kebangsaan (SK) La Salle di Jalan Gasing apabila ternampak sebuah kereta melanggar tiang lampu.

“Mulanya saya berniat untuk berhenti dan membantu, tetapi terbantut apabila dia tiba-tiba mengundurkan keretanya dan bergerak seperti biasa.

“Saya fikir mungkin pemandu terbabit tidak cedera dan mungkin dia menuju ke balai polis untuk membuat laporan kemalangan,” katanya ketika ditemui.

Menurut Albert, selepas menghantar anaknya di sekolah, dia yang bekerja sebagai mekanik kemudian menggunakan laluan Jalan Templer, Seksyen 6, di sini, untuk kembali ke tempat kerja.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive