17 June 2012

Hang jangan nak bohong la Zamil - Khalid Samad

KUALA LUMPUR, 16 Jun —  Khalid Samad hari ini mempertahankan pendirian beliau bahawa bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim merupakan agen Umno-Barisan Nasional (BN) yang terlibat dalam "pembelian" ahli Parlimen PKR untuk melompat parti.
Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam menegaskan, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Zamil jelas menunjukkan bahawa pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah itu "tidak masuk akal" dan membuktikan beliau adalah agen Umno-BN.
"Kalau dia (Zamil) bukan agen, kenapa dia beritahu ada wakil rakyat PKR datang jumpa dia? Apa kuasa yang dia ada.
"Mana dia dapat duit nak tawarkan kepada wakil rakyat PKR kalau dia bukan agen Umno-BN. Daripada perbincangan dalam video jumlahnya RM2 juta, itu bukan jumlah yang kecil," tegas Khalid (gambar) kepada The Malaysian Insider.
Zamil dalam sidang media di Kedah baru-baru ini berkata,"ramai wakil rakyat PKR menemui saya dan lebih 30 daripada mereka menyatakan tidak puas hati dengan sikap Anwar dan isterinya (Datin Seri Dr) Wan Azizah serta Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin."
Bagaimanapun, Zamil tidak menolak jika lelaki dalam video itu adalah dirinya.
"Jika benar sekali pun gambar dalam klip video itu adalah saya, tidak salah. Saya akan rasa puas dan seronok dapat memberi sumbangan kepada negara dengan membawa mereka keluar daripada parti yang tidak layak mentadbir negara."
Khalid, yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor turut menegaskan, beliau tetap akan mempertahankan dakwaannya Zamil merupakan agen kepada Umno-BN dalam cubaan membeli wakil rakyat PKR.
"Daripada kenyataannya itu jelas Zamil telah mendedahkan modus operandi yang digunakannya.
"Saya akan dedah lebih banyak bukti rakaman video. Ada seorang lagi wakil yang akan didedahkan, dan itu lebih jelas, kemudian kita akan lihat mereka bertelagah," katanya.
Khalid turut menafikan kenyataan Zamil yang mendakwa mereka pernah berjumpa di sebuah restoran Cina di Kajang dua tahun lepas semasa keanggotaannya dalam PAS digantung.
"Saya sendiri tidak kenal siapa Zamil. Kalau betul pun apa yang diperkatakannya, kenapa saya perlu berjumpa dengannya?" soal Khalid.
"Dia perlu konsisten. Kalau dia bukan agen, kenapa wakil rakyat PKR nak jumpa beliau," tambahnya.
Zamil sebelum ini turut memberi peringatan kepada Khalid bahawa beliau turut mempunyai simpanan rakaman tingkah laku wakil rakyat PKR.
"Saya nak ingatkan Khalid, banyak rakaman tingkah laku membabitkan ahli Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat disimpan rakan-rakan saya.
"Bila-bila pun boleh didedahkan, biar rakyat lihat dan nilai betapa buruknya kepimpinan pakatan pembangkang terutama PKR," katanya.
Khalid, pada Khamis lalu telah membuat pendedahan rakaman video berdurasi lima minit rundingan bagi membeli wakil rakyat pembangkang di lobi Parlimen.
Beliau turut menayangkan rakaman video menunjukkan lima orang termasuk seorang agen yang dakwanya menyerupai Zamil sedang berbincang dengan pemimpin pembangkang.
Zamil bagaimanapun menegaskan, jika benar klip video yang ditayangkan Khalid itu mengenai perbincangan membeli Anggota Parlimen pembangkang, ia tidak akan dilakukan direstoran dan dihadiri pemandu.
Khalid bagaimanapun turut menegaskan, beliau juga tidak akan menarik balik dakwaannya berhubung perkara itu, sebaliknya akan terus mempertahankannya dengan mendedahkan lebih banyak video.
"Buat apa nak tarik-tarik. Kenyataan dia pun tak munasabah." -TMI

1 comment:

Anonymous said...

Zanil ni kat Sg Petani, orang panggil dia ulaq ayaq. tak tau mcamana dia boleh dinaikkan dalam kita.

Masa dlm PKR dulu dia hanya jadi pecacai saja sbb tu disimpan umno untuk nak bagi kacau bilau.

Alih2 p join zaid. Tak payah dok kalut la dengan budak tak sekolah ni. Buang karan saja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive