07 August 2012

Anak Samy Vellu dapat kontrak RM40 juta secara tertutup

Mohd Martin Kahar

PETALING JAYA 7 Ogos: Setiausaha Biro Polisi dan Antarabangsa KEADILAN, S Gobi Krishnan mendedahkan Pengerusi Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), Datuk Seri S Samy Vellu memberi kontrak penyelengaraan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bernilai RM40 juta kepada anak lelakinya.
Gobi berkata, kontrak itu diberi kepada S Vell Pari iaitu pemilik Maika Intelektual Resources Sdn Bhd (Maika) pada 30 Disember 2002 tanpa tender terbuka.
“Syarikat ini tidak mempunyai kepakaran dalam penyelenggaraan ICT,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini pagi tadi.
Menurut Gobi, disebabkan Maika tiada kepakaran dalam ICT, syarikat itu kemudiaannya memberi sub-kontrak kepada syarikat Doxport Technologies Sdn Bhd (Doxport) dengan harga RM36 juta pada 6 Januari 2003.
“Vell Pari mendapat untung atas angin RM4 juta dalam masa seminggu,” kata Gobi.
Beliau mempertikai mengapa kontrak tersebut tidak diberikan terus kepada Doxport sedangkan syarikat itu pakar dalam ICT dan menawarkan sebut harga yang lebih rendah.
Gobi pada 25 Julai lalu mendedahkan, kontrak mengendalikan kafeteria di Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) dan MIED diberi kepada Ketua Pemuda MIC Penang, J Dhinagaran tanpa tender terbuka pada 2007 hingga membolehkan beliau memperoleh keuntungan RM20 juta setahun.
2 Ogos lalu, Gobi sekali lagi mendedahkan Dhinagaran iaitu pemilik Jaya Cafe Holdings Sdn Bhd mengemukakan tuntutan palsu sebanyak RM90,000 daripada AIMST dalam perkhidmatan kafeteria.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34076

MIS - Yang menariknya anak Samy ni tak tau apa-apa pasal ICT, tapi masih boleh dapat kontrak. Lepas tu terpaksa lepas pada subcon RM36J .... buta-buta la dia dapat RM4J. 
Sebab tu la ramai nak jadi YB/Menteri..... nak dapat yg mcam ni la ... HARAMJADAH !!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive