16 August 2012

Disney disaman kerana tidak benar pekerja pakai tudung


Seorang bekas pekerja restoran Disneyland menyaman Walt Disney Co pada Isnin lalu atas alasan gangguan dan diskriminasi agama, mengatakan beliau dipecat hanya kerana mahu memakai tudung di tempat kerja. Imane Boudlal, seorang Muslim yang berusia 28 tahun, bekerja sebagai pelayan di Storytellers Cafe, sebuah restoran di dalam Disney’s Grand California Hotel & Spa di Disneyland di Anaheim, California, menurut aduan yang difailkan di mahkamah persekutuan
.

Selepas dua tahun bekerja, Boudlal meminta kebenaran untuk memakai tudung ketika di tempat kerja.
Beliau menawarkan untuk memakai tudung yang sepadan dengan warna pakaian seragam beliau atau yang memaparkan logo Disney.

Menurut tuntutan mahkamah itu, pengurus Disney menafikan permintaan tersebut, dengan alasan ia akan melanggar dasar syarikat yang berkaitan ‘penampilan’ pekerja mereka semasa bertugas.

Disney juga melarang tatu yang jelas kelihatan dan kuku yang melebihi satu perempat inci, jelas tuntutan mahkamah itu lagi.

Boudlal telah diberikan pilihan untuk bekerja di bahagian belakang, jauh daripada pelanggan, atau memakai topi gaya fedora di atas tudungnya.

Apabila Boudlal enggan, dia terus dipecat dari jawatannya, jelas tuntutan mahkamah.

Seorang warganegara Amerika Syarikat yang dilahirkan di Maghribi, Boudlal berkata beliau juga menjadi subjek kepada penghinaan anti-Arab dan anti-Islam, termasuk dipanggil “pengganas” dan “unta” oleh rakan sekerja dan penyelia.

Beliau berkata beliau melaporkan kejadian tersebut kepada pengurus tetapi mereka tidak mengambil sebarang tindakan.

“Disneyland memanggil dirinya sebagai tempat yang paling gembira di bumi, tetapi saya menghadapi banyak  gangguan sejak saya mula bekerja di sana,” Boudlal berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Kebebasan Awam Amerika.

“Ia hanya menjadi lebih buruk apabila saya memutuskan untuk memakai hijab.”

Jurucakap Disney bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Kes ini adalah kes Boudlal melawan Disney.- rakyat marhaen

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive