KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mahu perdana menteri (PM) memastikan National Feedlot Corporation (NFCorp) membayar semula hutang RM250 juta sebelum melantik kontraktor baru untuk projek penternakan lembu nasional itu.
Semalam, menteri pertanian dan industri asas tani Datuk Seri Noh Omar dilaporkan berkata beliau akan memberi tender baru kepada kontraktor baru untuk NFC.
“Kecuali jika semua hutang RM250 juta sudah dibayar, tidak perlu ada perbincangan untuk kontraktor baru,” kata Rafizi.
Rafizi berkata dia bimbang apabila kerajaan melantik kontraktor baru, orang akan mula melupakan isu ini dan membiarkan NFCorp bebas.
Dia juga mahu PM, Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan tiada suntikan modal baru dalam projek ini walaupun ada kontraktor baru, dengan berkata sumber dana ini akan digunakan melalui dari pembayaran hutang semula dari NFCorp.- TMI
No comments:
Post a Comment