11 December 2012

KL kini lokasi lambakan majalah bogel

  
Tuesday, 11 December 2012 12:19
Majalah yang memaparkan wanita seksi dalam keadaan separuh bogel boleh didapati dengan mudah di pasaran tempatan ketika ini. Pix: Kosmo!Majalah yang memaparkan wanita seksi dalam keadaan separuh bogel boleh didapati dengan mudah di pasaran tempatan ketika ini. Pix: Kosmo!KUALA LUMPUR: Lambakan majalah erotik dari luar negara yang memaparkan gambar wanita berbogel tanpa seurat benang atau lebih dikenali sebagai majalah dewasa kini didapati dijual secara terbuka dan meluas di kedai-kedai buku di negara ini.
Majalah-majalah yang boleh didapati dengan harga murah serendah RM10 itu boleh dibeli oleh orang ramai termasuk golongan remaja bawah umur secara terbuka tanpa ada sebarang sekatan.
Tinjauan Kosmo! di beberapa premis menjual buku sekitar ibu negara semalam mendapati terdapat beberapa majalah yang rata-ratanya diimport dari luar negara secara terang-terangan menyiarkan gambar model dalam keadaan mengghairahkan.


Antara majalah tersebut ialah Vanity Fair edisi Disember 2012 yang secara terang-terangan menyiarkan empat keping foto model Kate Moss yang tidak memakai coli.

Majalah-majalah lain yang turut memaparkan imej seumpama itu ialah FHM, Maxim, Tattoos, Shape dan Inked.

Jualan majalah erotik itu secara berleluasa di pasaran tempatan dikhuatiri boleh menjejaskan golongan remaja kerana gambar-gambar yang tidak ditapis untuk siaran itu boleh ditatap oleh mereka dengan mudah tanpa sebarang halangan.

Pensyarah Jabatan Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Fatimah Daud yang menyelar jualan majalah tersebut secara terbuka menegaskan, bahan bacaan tersebut berupaya merangsang nafsu golongan remaja dan ia boleh menyumbang kepada masalah sosial.

Menurut beliau, masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja di negara ini akan menjadi lebih sukar untuk dibendung kerana bahan-bahan yang menyajikan imej-imej sumbang boleh didapati dengan mudah.

Fatimah berkata, golongan remaja sanggup melakukan kegiatan tidak bermoral tanpa perasaan bersalah apabila pemikiran mereka telah dicemari oleh bahan bacaan berkenaan.

"Bahan-bahan yang mendedahkan imej perempuan dalam keadaan mengghairahkan boleh merangsang nafsu tidak kira lelaki atau perempuan dan ia seterusnya menyebabkan mereka sanggup melakukan kegiatan yang melanggar ajaran agama.

"Keadaan ini boleh menyumbang kepada peningkatan kes anak luar nikah dan masalah seks bebas dalam kalangan remaja yang belum matang pemikiran mereka," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Selain itu, jelas beliau, masalah tersebut turut menyumbang kepada peningkatan kes jenayah apabila ada dalam kalangan remaja sanggup bertindak di luar batasan termasuk merogol atau menggugurkan kandungan secara haram.

Dalam pada itu, Pegawai Psikologi Kanan Universiti Sains Islam Malaysia, Nurhazreen Mohd Nor memberitahu, majalah yang mempunyai unsur-unsur seksual itu harus disekat jualannya atau sekurang-kurangnya ditapis terlebih dahulu sebelum dijual di pasaran tempatan.

Menurut beliau, pihak berkuasa seharusnya memandang serius aktiviti jualan majalah tersebut dan edarannya perla segera dibendung bago mengelakkan gejala itu terus berleluasa sehingga sukat untuk dikawal.

Beliau melahirkan rasa hairan bagaimana majalah-majalah import tersebut boleh dijual di negara ini secara terbuka tanpa ada sebarang pemantauan daripada pihak berkuasa.

Kebanyakan majalah tersebut sebenarnya tidak dicetak di negara ini, sebaliknya diimport dari luar negara seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan Taiwan.



Oleh Nadia Shaiful Bahari dan Lily Yean / Kosmo!
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

2 comments:

Anonymous said...

putesyg buat tinjauan ialah KOSMO..adik majalah mangga n utusan meloya..apa barang kah..kahh.kaah

Unknown said...

malaysia dah lama dijajah yahudi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive