16 December 2012

Rakyat Malaysia dipercayai anggota militan Jemaah Islamiah JI ditembak mati di Filipina

alt
KUALA LUMPUR 16 DIS - Seorang rakyat Malaysia, dipercayai pengganas, ditembak mati oleh polis Filipina di sebuah hotel di Davao pada Jumaat lalu.
Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/ Anti Pengganas) Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, dikatakan bergelut dengan pihak polis yang ingin memeriksa beg sandang berisi bom buatan sendiri dibawa isterinya sebelum ditembak.
"Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam (waktu Filipina) (8.40 malam waktu Malaysia) tadi, suspek bersama isterinya, Annabel Nieva Lee warga Filipina sedang mendaftar keluar dari hotel penginapannya sebelum didatangi anggota polis," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohamad Fuzi berkata isteri suspek turut ditahan pihak berkuasa Filipina untuk diambil keterangan.
"Pihak Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan polis Filipina untuk mengesan identiti sebenar suspek," katanya.
Difahamkan Mohd Noor Fikrie, yang berasal dari Kedah, berada di Filipina sejak beberapa bulan lepas dan menganggotai kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive