16 December 2012

Agak-agak hampa ada ke lagi orang yang nak kat Berahim katak ni?


Sedia Bertanding Atas Mana-mana Tiket Untuk Pertahan Kerusi Pasir Mas

E-mailPrint
alt
KUALA LUMPUR 16 Dis - Anggota Parlimen Pasir, Mas Datuk Ibrahim Ali bersedia untuk bertanding atas mana-mana tiket pada pilihan raya umum akan datang bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas yang disandangnya.
Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) berkata beliau sedia berunding dengan mana-mana pihak atau bertanding atas tiket Bebas bagi mempertahankan kerusi itu.
"Perlu ada perbincangan sebelum boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak. Saya mengharapkan sokongan semua pihak termasuk pembangkang dan Barisan Nasional (BN) kerana saya tahu saya boleh buat lebih baik daripada mereka.
"What banner saya bertanding? Saya terbuka untuk semua. Saya kena tengok dasar perjuangan, tingkah laku mereka. Tapi kalau kena bertanding atas tiket bebas, saya tetap akan bertanding dan tidak kisah berapa penjuru sekali pun," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan dan Persidangan Agung Perkasa ke-3 di sini semalam.
Kira-kira 7000 orang membanjiri Taman Tasik Titiwangsa bagi menghadiri perhimpunan dan persidangan pertubuhan tersebut. Perhimpunan Tahunan Perkasa kali ini turut membawa usul dalam kerangka satu resolusi iaitu, Perpaduan Bangsa, Kebebasan Beragama, Pluralisme, LGBT/ Liberalisme dan Faham Serba-Boleh, Pelan Tindakan Pendidikan Negara, Ekonomi, Isu Gaza dan Jenayah Perang, Campurtangan Kuasa Asing, Perkara 153 dan 87 Perlembagaan Negara serta termasuk Kestabilan Politik, Keselamatan dan Kesejahteraan Rakyat.
Dalam majlis yang sama, Perkasa turut menganugerahkan 'Bintang Tertinggi Perkasa' kepada Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria, iaitu bintang paling atas dalam perlembagaan pertubuhan tersebut berdasarkan ketokohan dalam bidang agama dan menjadi individu keempat menerima anugerah itu.
Sebelum ini, Perkasa telah menganugerahkan beberapa lagi tokoh negara antaranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive