29 January 2013

Artis Bertudung : Azza Elite - Bidang lakonan menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini.


Permulaan tahun 2013 menjadi satu titik tolak penghijrahan buat Azza Elite. Kalau selama ini Azza  “free hair“, kini dia telah pun membuat keputusan untuk tampil dengan imej bertudung. Comel jugak Abang Nara tengok.
azza elite bertudung
Berkata kepada Mstar Online, Azza menyatakan wataknya di dalam drama Mujahid sebagai wanita muslimah bertudung membuka hatinya untuk terus menutup aurat. Kata Azza:-
Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus. Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu. Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini.
azza elite bertudung
Tahniah kepada Azza Elite atas penghijrahan ini. Pasti suami anda akan bertambah-tambah sayang selepas ini. Untuk anda yang tidak tahu, tahun ini umur Azza sudah pun mencecah 35 tahun. Jadi orang kata memang molek benarlah untuk melakukan perubahan di dalam hidup.
azza elite bertudung
Semoga dengan perubahan ini, rezeki Azza akan dimurahkan dan Azza mendapat apa yang diinginkan oleh pasangan suami isteri iaitu cahaya mata sendiri. Semoga dipermudahkan. Sama-samalah kita doakan.

1 comment:

shellyrimula holiday said...

bagus ler kalau insaf betul2 tapi aku tetap tak akan halalkan duit aku yang bapak kau tipu bersama2 kawan-kawan aku yang lain yang berjumlah jutaan ringgit. Warizan Al Helmi tentu ko masih ingat pejabatnya di bukit beruntung. Tak akan ku halal dunia hingga akhirat dan aku doakan bapak ko tak akan hidup dalam ketenangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive