KUALA LUMPUR, 7 Mac — Presiden Filipina Benigno Aquino III mengatakan hari ini pentadbirannya mahu menghukum Jamalul Kiram III dan orang-orangnya di Filipina sebelum mengekstradiksi Sultan Sulu itu ke Malaysia untuk didakwa diatas pertuduhan menjadi perancang terhadap pemberontakkan bersenjata di Sabah.
Saluran televisyen ABS-CBN News melaporkan presiden Filipina berkata negara tersebut tidak mempunyai perjanjian ekstradiksi dengan Malaysia tetapi terdapat mekanisme lain yang membolehkan Jamalul diekstradiksi seperti persetujuan bersama bantuan guaman di bawah ASEAN.
“Dari perspektif saya.. biarkan rakyat dalam negara untuk berhadapan dengan pendakwaan yang kita akan [sediakan] terlebih dahulu kemudian kita bincang tentang perkembangan lain selepas berpuas hati dengan kehendak undang-undang kita,” kata Aquino (gambar) dipetik dari laman sesawang saluran tersebut.
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman mencadangkan semalam kemungkinan untuk memohon ekstradiksi Jamalul, yang mana 200 orang askar bersenjatanya telah menceroboh Lahad Datu di Sabah semenjak 9 Febuari.
“Ketua kumpulan tersebut telah membuat kenyataan yang membangkitkan kemarahan dan kebencian. Apakah Filipina mempunyai undang-undang untuk membawanya ke muka pengadilan?
“Jika tidak, mungkin kita akan meminta Filipina menyerahkannya kepada kita.
“Kita tidak mempunyai perjanjian ekstradiksi dengan Filipina tetapi ianya boleh dilakukan dengan semangat ASEAN,” kata Anifah dipetik dari agensi berita Perancis AFP.
No comments:
Post a Comment