Showing posts with label malaysia... Show all posts
Showing posts with label malaysia... Show all posts

07 March 2013

Aquino mahu Jamalul Kiram didakwa di Filipina dahulu sebelum diekstradisi ke Malaysia


OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA
MARCH 07, 2013
KUALA LUMPUR, 7 Mac — Presiden Filipina Benigno Aquino III mengatakan hari ini pentadbirannya mahu menghukum Jamalul Kiram III dan orang-orangnya di Filipina sebelum mengekstradiksi Sultan Sulu itu ke Malaysia untuk didakwa diatas pertuduhan menjadi perancang terhadap pemberontakkan bersenjata di Sabah.
Saluran televisyen ABS-CBN News melaporkan presiden Filipina berkata negara tersebut tidak mempunyai perjanjian ekstradiksi dengan Malaysia tetapi terdapat mekanisme lain yang membolehkan Jamalul diekstradiksi seperti persetujuan bersama bantuan guaman di bawah ASEAN.
“Dari perspektif saya.. biarkan rakyat dalam negara untuk berhadapan dengan pendakwaan yang kita akan [sediakan] terlebih dahulu kemudian kita bincang tentang perkembangan lain selepas berpuas hati dengan kehendak undang-undang kita,” kata Aquino (gambar) dipetik dari laman sesawang saluran tersebut.

05 September 2012

Malaysia negara paling biadap - Reader's Digest

5 SEPT — Reader’s Digest sekali lagi meletakkan kita sebagai negara yang penduduknya paling biadab di dunia. Enam tahun lalu kita diletakkan oleh majalah berkenaan di tangga ke-33. Kali ini pun masih di tangga yang sama daripada 34 negara yang disenaraikan.

Bagi sesetengah daripada kita, kajian dan penyelidikan daripada majalah ataupun agensi dalam dan luar negara, kita selalunya mengambil sikap tidak ambil pusing kerana menganggap ia satu penyelidikan yang dibuat secara rambang dan tidak m bienyeluruh, maka kita tidak percaya dan sangsi dengan hasil kajian itu.
Bagaimanapun ada asas juga untuk melihat apa hasilnya, lebih-lebih lagi penemuan kajian berkenaan sememangnya ‘dekat’ dengan kita.
Kebiadapan itu dinilai melalui kes kemalangan jalan raya yang direkodkan oleh pihak polis menunjukkan sebanyak 20 peratus daripada 1.3 juta kes kemalangan setiap tahun di negara ini berpunca daripada sikap biadab di jalan raya.

11 May 2011

Islam adalah agama rasmi Malaysia, jangan pertikai lagi - Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Islam adalah agama rasmi Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan kedudukan tersebut.

Jelas Tuan Ibrahim, walaupun dalam Perlembagaan Persekutuan hanya menyebut agama Islam adalah agama Persekutuan, namun ia memberikan maksud Islam adalah rasmi negara.

“Persekutuan adalah bermaksud negeri-negeri yang bergabung membentuk persekutuan yang mana Islam adalah agama rasmi negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

“Agama rasmi Persekutuan adalah agama rasmi bagi negeri-negeri ini, jadi bila kata Islam agama Persekutuan maknanya Islam adalah agama bagi negeri-negeri itu dan ia adalah agama rasmi negara.

03 May 2011

Dalam masa sehari semalam, Malaysia telah bertukar kepada sebuah negara polis

“Dalam masa sehari semalam, Malaysia telah bertukar kepada sebuah negara polis”, itulah kata-kata yang diungkapkan Tunku Abdul Rahman berikutan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan penangkapan pemimpin-pemimpin barisan pembangkang dan aktivis-aktivis yang lantang bersuara mengkritik dasar pemerintahan BN.

Operasi Lalang itu didalangi Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri ketika itu dengan menggunakan kuasa polis di bawah undang-undang tahan tanpa bicara, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Peristiwa itu menyaksikan kematian sebuah demokrasi, pencabulan hak asasi dan prinsip kebebasan dan penghinaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.

29 April 2011

DAP ingin mengambil alih negara?

DAP mahukan pemimpin Melayu yang berintergriti memimpin negara

Saya ditanya oleh beberapa orang adakah DAP benar-benar ingin mengambil alih negara ini dan pemimpinnya akan menjadi PM jika DAP berkuasa? Jawapan saya kepada soalan itu ialah; jika DAP berjaya menguasai Parlimen pemimpinnya akan menjadi PM dan mengetuai eksekutif negara.

Tetapi adakah itu akan terjadi? Jawapannya adalah TIDAK kerana DAP tidak pernah menurunkan jumlah calon yang cukup untuk mengambil alih negara jika semua calonnya menang di dalam pilihanraya umum. DAP memahami 'limitations' yang ada pada mereka.

01 February 2011

Malaysia adalah tanah Melayu - Mahathir

Mahathir mahu bukan Melayu terima hakikat Malaysia ’Tanah Melayu’

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani
February 01, 2011

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat Malaysia mesti mengakui bahawa negara ini adalah milik orang Melayu dan oleh itu, mereka mesti menerima budaya dan bahasa masyarakat itu.

Bekas perdana menteri berkata nenek moyang negara ini memberikan orang Cina dan India taraf kewarganegaraan sebab mereka mengharapkan kedua-dua komuniti itu akan menghormati kedaulatan orang Melayu.

Malah Dr Mahathir juga menekankan,bukan Melayu mesti menerima konsep Bangsa Malaysia untuk membantu memperkukuhkan perpaduan nasional.

Beliau yang menyandang jawatan perdana menteri selama 22 tahun berkata, masyarakat Cina dan India mesti mengutamakan kepentingan negara berbanding soal kaum dan identiti mereka sebagai rakyat Malaysia.

Sehubungan itu beliau yang juga bekas presiden Umno menambah, jika orang Cina dan India terus melihat diri mereka berdasarkan negara asal mereka, maka ia bermakna mereka adalah imigiran ke negara ini.

Dr Mahathir berkata, kesemua kaum mesti menerima bahawa mereka Bangsa Malaysia — elemen yang penting untuk membolehkan kerjasama yang lebih baik daripada mereka yang berlainan kaum dan menjamin masa depan negara ini.

Beliau juga menambah, orang Melayu akan merasakan kurang terancam jika semua di negara ini menerima konsep Bangsa Malaysia.

“(Bekas presiden Filipina Corazon) Cory Aquino adalah Cina tetapi beliau menganggap dirinya rakyat Filipina. (Bekas perdana menteri Thailand), Thaksin Shinawatra adalah Cina tetapi beliau bercakap dalam bahasa Thai dan hidup dalam budaya masyarakat Thai.

“Tetapi keadaan berbeza di Malaysia. Kita masih memperkenalkan diri kita mengikut kaum. Itu sebabnya persoalan mengenai kaum terus menghantui kita,” kata beliau pada majlis wacana “Kaum Melayu dan Masa Depan” di Memorial Tun Hussein Onn Memorial di sini.

Kata beliau, program-program afirmatif kaum seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) masih lagi penting memandangkan orang Melayu masih lemah dari segi ekonomi.

Kata beliau, orang Melayu kemungkinan berhadapan dengan risiko kehilangan negara ini tanpa dasar-dasar tindakan afirmatif.

“Apabila kita lemah bermakna kita akan kehilangan kuasa, meskipun kita ada perdana menteri (kalangan orang Melayu) tetapi kita tidak ada lagi sebarang kuasa, sebab kita bergantung pada yang lain,” katanya.

Sebelum ini Dr Mahathir dikritik kerana pernah memperlekeh pihak yang mengetengahkan idea mengenai meritokrasi, dengan mendakwa mereka sebagai rasis dan mengecam orang Melayu yang menyokong pandangan sedemikian atas alasan mereka tidak bangga sebagai orang Melayu.


Dalam ceramahnya hari ini, Dr Mahathir berkata gagasan 1 Malaysia dan Wawasan 2020 berbeza kerana beliau mahu mewujudkan satu identiti nasional yang bersifat inklusif.

“Apabila kita cakap mengenai 1 Malaysia, orang ramai bercakap mengenai kesaksamaan bagi semua kaum. Bagi Melayu ia bermakna menghapuskan sekolah-sekolah vernakular.

“Bagi orang CIna dan India pula, 1 Malaysia bermakna menghapuskan hak orang Melayu,” kata beliau.

Oleh itu kata beliau pentadbiran semasa mesti jelas dengan gagasan 1 Malaysia.

Wacana itu dianjurkan oleh Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan. Turut hadir Yang Dipertua Mubarak Wilayah Persekutuan Abdul Aziz Yassin, Setiausaha Mubarak Wilayah Persekutuan Datuk Abdul Rahman Sulaiman dan Duta Besar Malaysia ke Filipina Datuk Seri Dr Ibrahim Saad yang bertindak sebagai moderator wacana.

Dr Mahathir juga mengulangi bahawa masa depan bangsa Melayu akan terus lemah dan malap sekiranya kaum Melayu terus berpecah hanya semata-mata fahaman politik yang berbeza.

Beliau berkata bangsa Melayu kini dilihat berada dalam kedudukan yang lemah kerana sudah berpecah kepada tiga kumpulan politik iaitu Umno, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyebabkan agenda untuk memajukan masa depan mereka sukar dilaksanakan, walaupun kerajaan kini di bawah kepimpinan orang Melayu.

“Kita lihat sekarang Melayu lemah kerana sudah berpecah kepada tiga dan kerajaan yang dipimpin orang Melayu juga menjadi lemah dan tidak dapat bertegas dalam menyusun langkah dalam majukan masa depan kita.

“Ini keadaan sekarang dan tidak dapat tidak ia akan mempengaruhi masa depan kita,” katanya.

Dr Mahathir berkata kali pertama perpaduan Melayu di negara ini teruji ialah apabila berlakunya perpecahan yang menyaksikan wujudnya PAS, sebagai parti serpihan Umno.

“Tetapi kita masih mampu menguasai keadaan politik di dalam negara, tetapi sepertimana yang kita tahu, kemudiannya ramai daripada orang-orang yang kecewa (daripada Umno) telah menubuhkan parti dan kita lihat serpihan-serpihan lain berlaku seperti Semangat 46 dan PKR,” katanya.

“Masa kita miskin, lemah, tidak ada kedudukan, kita tahu hanya perpaduan yang akan memberi kita kekuatan. Tetapi hari ini, bila kita kaya sikit, ada yang perpendapat perpaduan tidak perlu lagi, kita lawan sesama kita,” katanya.

Katanya ada juga orang Melayu yang sudah terlalu yakin mempunyai keupayaan untuk berdiri sendiri sehingga menolak sebarang usaha kerajaan termasuk menerusi DEB yang diwujudkan untuk membantu mereka.

“Kita begitu sekali menganggap diri kita berkeupayaan, ada yang kata apa perlu 'identify' diri kita dengan Melayu, kita orang Malaysia, boleh tolak usaha untuk bantu kita. Kita hendak buang 'tongkat', hendak jalan atas kaki sendiri, tetapi kita tidak sedar kaki masih tempang,” katanya - TMI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive