Lagi ceramah Pakatan diganggu malam tadi
VIDEO l 1.17 min
Dalam satu lagi kejadian keganasan politik, sekurang-kurangnya seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera di satu majlis ceramah di Bukit Katil, Melaka malam tadi, selepas ia diganggu oleh mereka yang didakwa samseng Umno.
Gambar yang disiarkan oleh penyokong Pakatan di Facebook
menunjukkan seorang lelaki berdarah di kepalanya selepas dikatakan terkena batu.
Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook menulis dalam twitter bahawa beliau baru tiba di Melaka untuk mendengar ceramah PKR Bukit Katil dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ribuan orang berada di sana.
Menurutnya, Umno mengadakan ceramah berhampiran di situ yang dihadiri oleh hanya ratusan orang.
Beliau menyifatkan insiden itu sebagai tindakan mereka yang takut kalah (pilihan raya umum).
Namun, tegasnya, kebangkitan rakyat untuk menumbangkan rejim BN akan berterusan dan mereka tidak akan tunduk kepada ugutan Umno.
Cermin bas kempen PKR juga didakwa telah dipecahkan semasa kejadian.
Ia bukan kali pertama bas kempen tersebut telah dilempar batu. Ia mengalami kejadian yang sama di beberapa lokasi lain sebelum ini, termasuk di Perak, Johor dan Kelantan.
Polis anti-rusuhan datang untuk memulihkan keadaan, tetapi mereka mengalami kesukaran untuk mengawal penceroboh tersebut.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dijangka mengadakan satu sidang akhbar pagi ini di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya berhubung kejadian tersebut
Ahad lalu, satu lagi ceramah diganggu oleh penyokong BN di Teluk Intan, Perak.
Ahli Parlimen, M Manogaran terpaksa dibawa polis beredar dari ceramah DAP itu selepas sekumpulan kira-kira 40 penceroboh yang membawa bendera BN datang mengganggu dan memaki hamun pemimpin Pakatan.

No comments:
Post a Comment