10 May 2013

Azmin nafi tinggalkan Keadilan


(Oleh Aisha Geoffrey)
PETALING JAYA 10 MEI: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mengecam khabar angin yang disebar Umno kononnya beliau akan meninggalkan parti.
Tegasnya, ia bertujuan menjatuhkan kredibiliti dan mempersoal kesetiaan beliau kepada parti bagi memporak perandakan Pakatan Rakyat.
Azmin“Khabar angin itu dimulakan Umno BN, dan saya percaya ia dikaitkan dengan isu perlantikan sebagai Menteri Besar (MB) Selangor,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Azmin yang juga Pengerusi KEADILAN Selangor tegas menolak persepsi buruk yang dirancang Umno kononnya beliau kemaruk untuk menjadi Menteri Besar.
“Mereka telah bersungguh-sungguh membina persepsi bahawa saya terlalu kemaruk untuk menjadi MB. Fitnah ini adalah satu penghinaan terhadap integriti saya,” katanya.
Justeru, Azmin sekali lagi menegaskan akan tetap bersama KEADILAN dan kekal dengan jawatan beliau.
“Saya tidak akan meninggalkan perjuangan rakyat. Ia pembohongan yang dasyat bahawa saya akan menyertai Umno.
“Kepada saudagar khabar angin, saya menegaskan bahawa saya akan meneruskan perjuangan dengan lebih gigih dan tidak berhasrat meletakkan jawatan sama ada dari parti mahupun wakil rakyat,” kata Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=51856

2 comments:

Anonymous said...

RASA TAK BOLEH NAK PEGI JAUH DENGAN PARTI KEADILAN ADA BAIK BELAH DAN BUKA PARTI BARU MACAM HASAN ALI.YANG JANTAN KOTE TAK NAIK YANG BETINAMONAPOUS LAST LAST JADI MACAM HASAN ALI CAKAP SORANG SORANG.AKU CABAR AZMIN KELUAR DARI PKR TUBUH PARTI BARU.3 BERADIK NI MEMANG GILA BABI-BETINANYA GILA BORET BTAK CELUP-JANTAN SEKO LAGI TU GILA BABI JUGA YANG NI PUN GILA BABI LE

melayuinsaf said...

isu2 yg bakal mencalar kredibiliti PKR & PR....kenapalah perkara macam ini diheboh2kan....kalau ada masaalah selesaikan secara dalaman..rakyat kecewa dgn peimpin PKR...malu kpd pencacai UMNO

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive