Oleh Iskandar Shah Mohamed
Kuala Lumpur: Keasyikan dua lelaki ‘dibelai’ wanita warga asing di dua pusat urut refleksologi berasingan di Plaza Metro Prima Kepong, di sini, terbantut apabila dipercayai ditahan polis dalam keadaan berbogel, malam kelmarin.
Difahamkan, kedua-dua pelanggan berusia 20-an itu asyik melakukan aksi ‘panas’ dengan pasangan masing-masing dan tidak sempat melarikan diri sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Dua premis tidak berlesen di tingkat satu bangunan itu dikatakan berselindung di sebalik nama pusat urut, namun menawarkan wanita warga Vietnam untuk perkhidmatan seks antara RM100 hingga RM138.
Siasatan awal mendapati mereka yang berusia 20-an hingga 30-an hanya melakukan urutan ‘manja’ dalam tempoh singkat selain berbual sebelum meminta pelanggan mandi dan terus melakukan seks di bilik disediakan di premis itu.
Siasatan awal mendapati mereka yang berusia 20-an hingga 30-an hanya melakukan urutan ‘manja’ dalam tempoh singkat selain berbual sebelum meminta pelanggan mandi dan terus melakukan seks di bilik disediakan di premis itu.
Perbuatan tidak bermoral wanita asing itu bagaimanapun dihidu sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang menyerbu kedua-dua premis secara serentak, jam 10.45 malam.
Dalam Ops Noda lebih dua jam diketuai Inspektor Mohammad Mohd Jais, 18 wanita Vietnam ditahan untuk tindakan lanjut.
Menurut Mohammad, ketika serbuan hasil maklumat dan risikan pihaknya, pemeriksaan mendapati rata-rata wanita berkenaan menunggu pelanggan di premis terbabit.
“Ia membabitkan 12 wanita di premis pertama manakala enam lagi di premis berikutnya. Dua daripada mereka pula didapati melayan pelanggan masing-masing di setiap premis berkenaan.
“Pada waktu itu, kita mengesyaki seorang wanita berjaya meloloskan diri dengan terjun dari bangunan terbabit, namun yang lain berjaya ditahan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya selepas tamat operasi itu.
Beliau berkata, pihaknya turut menemui lebih 70 kondom, sekali gus tidak menolak kemungkinan premis berkenaan sememangnya menawarkan perkhidmatan seks.
“Kita percaya mereka hanya mengaburi pihak berkuasa dengan meletakkan papan tanda pusat urut refleksologi. Kedua-dua premis itu juga didapati tidak memiliki lesen perniagaan sah,” katanya.
Mohammad berkata, selain dua pelanggan, pihaknya menahan dua lelaki tempatan berusia 40-an disyaki penjaga premis bagi membantu siasatan.
“Kes antaranya disiasat mengikut Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 (menyalahgunakan pas) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (menggaji warga asing yang tidak mempunyai pas sah).
No comments:
Post a Comment